top of page

Pewaris Susuk: Mitos Lama atau Obsesi Moden?

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 days ago
  • 1 min read

“Susuk” sekali dengar terus teringat kisah misteri, kecantikan luar biasa dan aura yang susah dijelaskan. Tapi dalam dunia hari ini, topik susuk sebenarnya masih relevan… cuma bentuk dia je yang berubah.


Dalam budaya Melayu, susuk sering dikaitkan dengan amalan untuk naikkan seri dan tarik perhatian. Walaupun sukar dibuktikan, kisah pemakainya masih hidup dari dulu sampai sekarang. Yang menarik, bukan sekadar hasilnya tapi “harga” di sebalik kecantikan tu. Pantang larang, kesan sampingan, dan cerita mistik buatkan ia nampak seperti satu kelebihan yang datang dengan bayangan gelap.


Bila fikir balik, mungkin susuk hari ini bukan lagi soal kewujudan… tapi simbol kepada obsesi manusia untuk jadi lebih sempurna. Dulu melalui susuk, sekarang melalui rawatan estetik, teknologi kecantikan dan standard sosial yang makin tinggi. Tujuan dia tetap sama.


Idea ni diangkat dalam filem Pewaris Susuk. Bukan sekadar seram, tapi ada sentuhan refleksi sosial. Filem arahan Faizal Nadxaman ini dibintangi Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Rosyam Nor dan Trisha Ooi.


Pewaris Susuk bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 April 2026. Kalau anda suka filem yang ada makna di sebalik seram, ini memang kena tengok.

Comments


bottom of page