Perunggu x Biru Baru Live di KL, Showcase Indie Yang Dah Lama Ditunggu
- N

- 13 hours ago
- 1 min read
Peminat muzik indie, ini dia moment yang korang tunggu, Perunggu x Biru Baru Live in Malaysia akhirnya jadi realiti! Selepas lama “tease”, showcase khas ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Jun 2026, dan vibe dia memang nampak macam intimate tapi padu.

Kalau korang follow scene indie Nusantara, nama Perunggu dan Biru Baru bukan asing lagi. Kedua-duanya datang dengan warna muzik yang unik emosi, jujur dan dekat dengan jiwa pendengar. Jadi bila dua nama ni digabung dalam satu malam, memang lain macam feel dia.
Showcase ini sebenarnya lebih daripada sekadar persembahan live. Ia juga jadi platform untuk meraikan album baru dan fasa baru dalam perjalanan muzik mereka. Kiranya, ini bukan sekadar “datang, nyanyi, balik” tapi satu pengalaman muzik yang lebih personal untuk peminat setia.
Dan jujur cakap, venue macam Zepp KL memang sesuai untuk showcase macam ni. Tak terlalu besar, tapi cukup untuk bagi pengalaman lebih dekat antara artis dan crowd. Senang cerita, kalau korang suka tengok artis perform dengan energy yang “raw” dan real ini tempatnya.
Untuk yang dah plan nak pergi, tiket akan mula dijual pada: 17 April 2026 (Jumaat), jam 10 pagi.

So, cepat-cepat set reminder. Showcase macam ni biasanya cepat habis, lagi-lagi bila melibatkan fanbase yang memang solid.
Apa yang kita boleh expect malam tu? Besar kemungkinan gabungan lagu baru + fan favourites, crowd singalong, dan mungkin juga momen spontan yang tak boleh diulang.
Akhir kata, kalau korang jenis yang hargai muzik yang ada “jiwa” ini bukan sekadar gig biasa. Ini jenis malam yang lepas habis, korang akan cakap: “Worth it gila datang.”



Comments