top of page

Perfect Crown Catat Rating Tinggi, Debut Terus Meletup

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Apr 14
  • 1 min read

Kalau korang peminat K-drama, nama Perfect Crown memang tengah panas sekarang. Baru je tayang episod pertama, drama ni dah terus mencuri perhatian dengan rating tinggi bukan biasa-biasa, tapi antara yang tertinggi dalam sejarah slot Jumaat-Sabtu MBC.


Drama ni bukan sekadar kisah cinta cliché. Perfect Crown bawa kita ke dunia alternatif Korea moden… tapi masih ada sistem monarki. Bayangkan dunia sekarang, tapi ada raja dan putera. Menarik kan?


Jalan cerita dia fokus pada dua karakter utama yang agak “songsang” dari expectation. Seong Hui Ju (lakonan IU) ialah pewaris chaebol yang serba lengkap, tapi status dia cuma rakyat biasa. Sementara Grand Prince Ian (Byeon Woo Seok), walaupun anak raja, hidup dia serba kekurangan.


Apa yang lagi buat orang kaypoh, episod pertama drama ni catat purata rating 7.8% seluruh Korea, menurut Nielsen Korea. Untuk konteks, angka ni lebih dua kali ganda daripada rating episod akhir drama sebelumnya dalam slot yang sama, In Your Radiant Season yang cuma capai 3.1%.


Lebih menarik, Perfect Crown kini jadi drama dengan rating premiere ketiga tertinggi dalam sejarah slot tersebut. Hanya dua drama je yang berjaya buat lebih baik setakat ini iaitu Chief Detective 1958 (10.1%) dan Knight Flower (7.9%). Dekat sangat dah tu!


Dalam masa yang sama, drama pesaing dari SBS, Phantom Lawyer, tengah masuk separuh kedua tayangan dengan rating sekitar 6.7%. Persaingan makin sengit nampaknya.


Jadi persoalannya sekarang, hype ni akan kekal sampai episod akhir, atau sekadar strong start je? Kalau jalan cerita dan chemistry pelakon konsisten, tak mustahil Perfect Crown boleh jadi antara K-drama paling buzz tahun ni.


Apa pun, untuk korang yang tengah cari drama baru nak binge, mungkin ini masa yang sesuai untuk bagi peluang dekat Perfect Crown. Mana tahu, terus melekat.

Comments


bottom of page