Pentas ‘RadjaWali Live In Malaysia’ Hampir Soldout!
- Atiqah Halim

- 1d
- 2 min read

Dua nama besar dari Indonesia, Radja dan Wali Band, bakal menggempur pentas Malaysia menerusi konsert ‘Pentas RadjaWali Live in Malaysia’ yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Konsert ini bukan sekadar mengubat rindu peminat dua band lagenda itu, tapi juga bukti bahawa muzik era 2000-an masih ada tempat istimewa di hati pendengar Malaysia. Malah, menurut Pengarah Projek dan juga Pengarah Konsert, Muhamad Firdouz Abd Razak atau Fidote, sambutan luar biasa terhadap konsert ini membuktikan aura Radja dan Wali masih kuat seperti dulu.
“Tiket berharga RM177 dah habis dijual dalam masa seminggu. Sekarang jualan keseluruhan dah capai 60 peratus,” katanya.
Katanya lagi, banyak tiket kategori premium diborong oleh syarikat korporat, manakala kategori lain laku keras gara-gara permintaan tinggi daripada peminat setia dua kumpulan tersebut.
Dalam majlis media yang berlangsung di Redbox The Gardens, Mid Valley City, pihak penganjur Impian Al Fateh Sdn. Bhd., GIS Entertainment & Events, dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) turut meraikan barisan ‘Rakan Strategik’ yang banyak membantu menjayakan konsert mega ini.
Antara yang tersenarai sebagai rakan strategik utama ialah Redbox dan Three Hand Production (billboard), selain GGR Motor, Dua Darjat Coffee (minuman rasmi), Roerdum (jam tangan rasmi), Era, Sinar, THR Gegar (radio rasmi), Gempak (media rasmi) dan Royale Chulan (hotel rasmi).
“Dalam keadaan industri sekarang, bukan senang nak dapat penaja. Tapi mereka ni sangat supportive. Sebab tu kami nak raikan dan ucapkan terima kasih dengan cara istimewa,” ujar Fidote.
Majlis tersebut juga diserikan dengan sidang media dua dalam satu; pelancaran rasmi konsert serta sesi penghargaan buat rakan strategik.
‘PENTAS RADJAWALI’ JANJI PERSEMBAHAN ENERGETIK DAN SARAT NOSTALGIA
Radja dan Wali bukan nama asing di Malaysia. Lagu-lagu hits mereka seperti “Jujur”, “Bulan”, “Cinderella”, serta “Cari Jodoh”, “Baik-Baik Sayang” dan “Tomat (Tobat Maksiat)” kekal evergreen dan kini kembali trending di TikTok dengan versi remix moden.
“Kalau tengok lagu-lagu mereka, walaupun dah lebih 17 tahun, masih relevan dan viral balik. Itu tanda muzik mereka ada ‘demand’ besar,” kata Fidote.
Ahli kumpulan Radja; Ian Kasela, Moldy, Indra Riwayat, dan Seno Aji Wibowo mengakui tak sabar untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
“Malaysia sentiasa dekat di hati kami. Ini impian yang jadi kenyataan bila dapat buat persembahan semula di sini,” kata Ian penuh semangat.
Sementara itu, anggota Wali Band; Faank, Apoy, Ovie dan Tommy menyifatkan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.
“Kami rindukan sambutan peminat di sini dan janji akan tampil dengan sesuatu yang berbeza kali ini,” ujar mereka.

TIKET SEMAKIN CEPAT HABIS, JANGAN TUNGGU LAMA!
Dengan harga tiket bermula RM177 hingga RM977, konsert ‘Pentas RadjaWali Live in Malaysia’ dijangka jadi antara konsert paling nostalgia awal tahun depan. Tiket boleh dibeli melalui Fantopia.io, dan penganjur turut menjanjikan cabutan bertuah khas untuk penonton yang hadir.
Kalau korang peminat tegar lagu cinta dan balada Indonesia yang pernah jadi soundtrack hidup remaja dulu, konsert ni memang tak boleh miss. Januari nanti, bersiaplah untuk malam penuh kenangan, tenaga, dan emosi bila Radja dan Wali bersatu atas satu pentas.













Comments