Penghukum: Nusantara Assassin Siap Gegarkan Pawagam, Lagu OST Pun Dah Buat Ramai Meremang
- Atiqah Halim

- 9 minutes ago
- 2 min read

Sebuah lagi filem aksi tempatan akan turun pawagam tak lama lagi. Penghukum Nusantara Assassin, arahan Azlan Norani dan terbitan Terang Films bersama PMD Production, secara rasminya dilancarkan di TGV Cinemas Pavilion Bukit Jalil dan vibe dia memang tak main main. Ramai selebriti, media dan penaja turun padang termasuk Tourism Pahang, Momo House dan CXG Gear.
Majlis pada hari itu bukan sahaja menunjukkan filem, tapi sekali dengan lagu tema rasmi bertajuk Tanda Kasih nyanyian Halim bersama Kmy Kmo di bawah label Luncai Emas. Lagu ni bukan sekadar OST biasa kerana ia betul-betul tunjuk sisi emosional dan dendam dalam filem.
Dicipta oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta yang juga penerbit muzik, Tanda Kasih datang dengan melodi padu dan lirik mendalam yang terus melekat dalam kepala. Halim sendiri turut menulis lirik, jadi vibe lagu ini memang kena dengan naratif filem yang sarat kehilangan dan perjuangan.

Cerita Datuk Jadi Pemburu Demi Cucunya
Penghukum Nusantara Assassin fokus pada Salahuddin, lelaki 60 an yang hidupnya berubah bila cucu tunggalnya Yasmin tiba tiba hilang. Bila dia bongkar yang Yasmin jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, Salahuddin tak tunggu lama. Dia kembali sebagai pemburu upahan di bawah agensi rahsia Pustakalayah yang beroperasi di sebalik façade perpustakaan lama.
Plot dia bukan sekadar aksi semata mata, tapi penuh emosi bila seorang datuk sanggup berperang dengan dunia demi orang terakhir yang dia sayang.
Filem ni dihiasi barisan pelakon hebat seperti Razib Salimin, Yusra Akma, Syazwan Zulkifly, Arwan Umar, Sahronizam Noor, Azhan Rani, Bell Ngasri, Puteri Sari dan Dr Haji Halim Ikhsan. Memang semua pelakon yang unggul.
Diterbitkan oleh Puteri Tiara dan Azlan Norani dengan Kmy Kmo sebagai penerbit bersama manakala skrip pula hasil tulisan Luqman Jamaluddin. Edaran dan promosi dijaga oleh D’Ayu Pictures yang kali ni buat strategi lebih fresh bersama platform DATV Official.
Majlis pelancaran turut diselitkan ucapan pengarah dan penerbit sebelum gimik pelancaran OST dan persembahan live Tanda Kasih. Kemuncak event ialah tayangan perdana 15 minit filem yang terus bagi glimpse dunia gelap penuh aksi yang filem ni nak bawakan.

Filem Aksi Tapi Penuh Jiwa
Menurut penerbit Azlan Norani, Penghukum bukan sekadar filem aksi. Ia adalah kisah cinta, kehilangan dan keberanian seorang datuk yang sanggup buat apa saja demi cucunya. Dia nak penonton rasa setiap emosi yang diselitkan di sebalik babak aksi intense.
Dengan jalan cerita yang solid, barisan pelakon berpengalaman dan OST yang dah pun buat ramai repeat, Penghukum Nusantara Assassin nampak macam calon kuat untuk jadi antara filem tempatan paling impactful tahun ni.
Filem ini akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 November 2025. Mark your calendar sebab yang ni memang wajib tonton.









Comments