“Kalau Mak Saya Bangun, Saya Buat Semua Benda Dia Suruh” – Azeva Kongsi Detik Ibu Masuk ICU

Penyanyi dan pelakon Azeva berkongsi pengalaman mencemaskan ketika ibunya, pelakon dan pengarah A. Aida, dimasukkan ke hospital dan kemudiannya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menerusi Borak Kaypoh Season 4, Azeva berkata kejadian itu berlaku selepas dia menamatkan pengajian dan bekerja dalam bidang akaun bersama ibunya.
Keadaan A. Aida bagaimanapun semakin serius apabila berlaku komplikasi sehingga menyebabkan beliau tidak sedarkan diri selama tiga hari.
Menurut Azeva, ketika itu doktor meminta keluarga supaya banyak berdoa kerana keadaan A. Aida sangat kritikal.
Malah, A. Aida ketika itu hanya bergantung kepada mesin untuk meneruskan kehidupan.
“Mak saya betul-betul bergantung pada machine je. Kalau tutup machine tu, habislah.”
Berdepan situasi tersebut, Azeva mula terfikir tentang perkara yang belum sempat dilakukannya bersama ibunya.
Dia turut meluahkan rasa terkilan kerana belum pernah menyanyi atau berlakon untuk A. Aida.
“Tulah menyesal tak nyanyi untuk dia dulu. Tak berlakon untuk dia.”

Dalam keadaan penuh kebimbangan, Azeva kemudian berdoa agar ibunya diberikan peluang untuk sedar semula. Dia turut berjanji akan melakukan apa sahaja yang diminta sekiranya A. Aida kembali sedar.
“Kalau mak saya bangun, saya buat semua benda dia suruh.”
Tidak lama kemudian, doanya dimakbulkan apabila A. Aida akhirnya sedar.
Namun, perkara pertama yang diminta A. Aida selepas sedar ternyata membuatkan Azeva terkejut. Beliau meminta sehelai kertas untuk menulis wasiat.
Mendengar permintaan tersebut, Azeva hanya mampu memberikan respons berseloroh.
“Tak payah mak bangun dah mak, it's okay.”
Pengalaman tersebut menjadi satu detik yang amat bermakna buat Azeva, apatah lagi selepas menyaksikan sendiri ibunya berada dalam keadaan kritikal.
Kisah penuh Azeva mengenai pengalaman tersebut serta perjalanan seninya boleh ditonton menerusi Borak Kaypoh Season 4 di platform rasmi Kaypoh Media.



Comments