Peminat Thailand Star Menang Besar, Win Metawin Bakal Bertemu Fans di Zepp KL Mei Ini
- Atiqah Halim

- 4 hours ago
- 2 min read

Peminat Win Metawin di Malaysia memang menang besar tahun ni. Bintang popular Thailand itu bakal mengadakan fanmeet solo pertamanya di Kuala Lumpur menerusi acara Just You and Win: 1st Solo Fanmeeting in Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei 2026, bertempat di Zepp Kuala Lumpur, jam 6.00 petang.
Acara anjuran Daycon Entertainment ini bukan sekadar sesi jumpa peminat biasa, malah hadir dengan pelbagai fan benefit eksklusif mengikut kategori tiket yang buat peminat susah nak pilih.
Harga Tiket & Seating

Tiket fanmeet Just You and Win: 1st Solo Fanmeeting in Kuala Lumpur dijual pada harga bermula RM308 hingga RM758, bergantung kepada kategori tempat duduk. Kategori VVIP ditawarkan pada harga tertinggi dengan fan benefit paling eksklusif, diikuti VIP, CAT 1 dan CAT 2 yang masih menawarkan pengalaman dekat bersama Win Metawin termasuk sesi hi-touch. Jualan tiket dibuat menerusi Ticketmelon dan dijangka habis dengan pantas memandangkan ini merupakan fanmeet solo pertama Win Metawin di Malaysia.
Fan Benefit Ikut Kategori Tiket

Bagi peminat yang berjaya mendapatkan tiket VVIP, mereka akan menerima pengalaman paling premium termasuk 1:2 group photo bersama Win Metawin, peluang fansign terhad kepada 50 orang, serta poster bertandatangan untuk 150 peminat bertuah. Selain itu, semua pemegang tiket VVIP turut menerima ID dan lanyard rasmi, poster rasmi acara, tiket fizikal dan sesi hi-touch.
Untuk kategori VIP, peminat akan menikmati 1:4 group photo, peluang fansign untuk 50 orang bertuah, serta poster bertandatangan yang juga terhad kepada 150 orang. Sama seperti VVIP, kategori ini turut hadir dengan ID dan lanyard, poster rasmi, tiket fizikal dan hi-touch.
Kategori CAT 1 pula menawarkan 1:8 group photo, poster bertandatangan untuk 30 orang bertuah, poster rasmi, tiket fizikal dan hi-touch. Manakala pemegang tiket CAT 2 masih berpeluang membawa pulang poster bertandatangan untuk 20 orang terawal selain menerima poster rasmi, tiket fizikal dan hi-touch bersama Win.
Pihak penganjur turut memaklumkan bahawa semua pemenang fan benefit akan dipilih secara rawak dan senarai pemenang akan diumumkan seminggu sebelum acara berlangsung.
Jadual Penuh Hari Fanmeet
Bagi yang nak rancang hari dengan lebih teratur, ini timetable rasmi fanmeet yang telah dikeluarkan:

Pihak penganjur turut memaklumkan agenda acara yang lebih terperinci serta panduan lengkap akan dikongsi menjelang tarikh fanmeet.
Dengan susunan jadual yang kemas dan fan benefit yang memang berbaloi, fanmeet ini dijangka menjadi antara acara paling dinanti peminat Thai entertainment di Malaysia tahun ini.
Tiket boleh didapati menerusi Ticketmelon dan peminat dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti saluran media sosial rasmi Daycon Entertainment bagi maklumat lanjut serta sebarang kemas kini









Comments