“Panggung Puting Beliung”: Tenxi & Naykilla Gegar Kuala Lumpur Januari 2026!
- N

 - 14 hours ago
 - 2 min read
 
Fenomena muzik hipdut bakal menggegarkan ibu kota! Tenxi, artis sensasi Nusantara yang kini mencatat lebih 11.2 juta pendengar bulanan di Spotify, bakal membuat penampilan sulungnya di Kuala Lumpur melalui konsert bertajuk “Panggung Puting Beliung”, bersama Naykilla, bintang muda yang sedang melonjak popularitinya di rantau ini.

Dianjurkan oleh Icon Entertainment, konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur ini menjanjikan malam penuh tenaga, visual sinematik dan pengalaman muzik yang imersif lebih daripada sekadar konsert biasa.
Album Puting Beliung telah menjadikan Tenxi antara nama paling berpengaruh dalam gelombang muzik Nusantara moden. Dengan lebih 338 juta jumlah penstriman di Spotify setakat Ogos 2025, Tenxi bukan sekadar penyanyi, beliau simbol kepada keberanian bereksperimen dengan identiti muzik tempatan yang kini menembusi pasaran global.
Naykilla pula, dengan 260 juta jumlah penstriman dan 390,000 pendengar aktif bulanan di Kuala Lumpur, membuktikan betapa kuatnya sambutan peminat Malaysia terhadap muzik hipdut moden yang unik dan segar.

Tenxi menyatakan rasa teruja untuk akhirnya bertemu peminat Malaysia.
“Saya tahu vibe muzik di sini sangat kuat dan penuh energi. Kami mahu bawakan sesuatu yang bukan hanya sekadar persembahan, tetapi pengalaman yang orang akan ingat lama selepas konsert berakhir,” katanya.
Naykilla turut berkongsi perasaan yang sama.

“Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati saya. Saya tidak sabar untuk berdiri di atas pentas Zepp KL dan merasakan semangat peminat di sini. Kami janji, malam itu akan jadi sesuatu yang luar biasa.”
Menurut jurucakap Icon Entertainment, pemilihan Tenxi dan Naykilla bukan kebetulan, kedua-dua artis ini mewakili suara generasi baharu yang berani dan autentik dalam mencipta muzik mereka sendiri.
“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi simbol kepada arus baharu dalam industri muzik serantau,” jelas pihak penganjur.

Dengan sokongan kuat daripada Gen Z, “Panggung Puting Beliung” dijangka akan menjadi antara konsert paling hangat tahun 2026.
Sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia, Icon Entertainment menawarkan harga tiket yang mampu milik.
Tiket akan mula dijual padaJumaat, 7 November 2025 melalui www.ticket2u.com.my.

Peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan sebab kalau ikut hype sekarang, tiket ni confirm laku keras!









Comments