Pak Nil Kembali Jadi Hos, Che Puan Sarimah & Dato’ AC Juri – Anak Bertanding, Ibu Bapa Jadi Manager Dalam Talk To My Manager!
- kaypohmedia
- 2 days ago
- 2 min read
Updated: 1 day ago
Astro kembali dengan format segar menerusi program realiti hiburan terbaharu, Talk To My Manager, yang bakal menggabungkan bakat, emosi dan legasi keluarga selebriti di satu pentas pertandingan. Menariknya, setiap pasangan terdiri daripada anak selebriti yang bertindak sebagai artis, manakala ibu atau bapa mereka menjadi pengurus yang mengatur strategi, kreatif dan hala tuju persembahan setiap minggu.

Bakal bersiaran mulai 24 Ogos 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), program ini turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Penonton akan disajikan dengan cabaran mingguan yang menguji bakat, populariti, kepercayaan, dan kerjasama antara ahli keluarga.
Fenomena generasi kedua artis semakin menyerlah dalam industri hiburan tempatan, dan Talk To My Manager meraikan gelombang baharu ini. Daripada nyanyian, lakonan hingga tarian, para peserta bukan sahaja membawa nama keluarga, tetapi juga memikul cabaran untuk membuktikan kemampuan mereka.
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, program ini memberikan penonton peluang menyaksikan secara dekat bagaimana seorang artis membimbing anak mereka, bukan sekadar dari segi bakat, tetapi juga kekuatan mental dan daya tahan.

Antara pasangan artis dan pengurus yang bakal memeriahkan pentas musim ini ialah:
Siti Saerah & Amad
Ameng & Ammar
Aziz M. Osman & Ara Aziz
Sharifah Shahirah & Auddra
Shuib & Thalita
Sharifah Zarina & Athalia
Ina Naim & Hadie
Liza Hanim & Marsya
Mereka akan melalui pelbagai ujian kreatif, sesi latihan intensif, dan persembahan bertenaga setiap minggu.
Program ini akan dikendalikan oleh hos legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri hebat iaitu Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal.

Format penjurian akan berdasarkan 100% markah juri profesional, dengan 60% dinilai daripada kreativiti dan strategi pengurus, manakala 40% dari persembahan artis. Menariknya, undian penonton secara online akan memberikan ganjaran mingguan istimewa kepada pasangan pilihan mereka.
Selain konsert mingguan, penonton boleh mengikuti:
Studio Talk To My Manager (Setiap Sabtu, 10 malam) – Menyaksikan sesi persiapan artis dan pengurus.
BTS Talk To My Manager (Setiap Rabu, 8.30 malam) – Klip belakang tabir dan latihan intensif.
Talk To My Manager Live+ – Disiarkan serentak di Astro Gempak ketika konsert berlangsung.
Talk To My Manager bakal menjadi tontonan wajib buat peminat hiburan tempatan yang ingin melihat bagaimana legasi seni diteruskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99 sebulan atau nikmati pakej penuh hiburan bersama Astro Fibre.
Commentaires