ONE PATH & Autotune Band Gegarkan Dunia Dakwah & K‑pop: "DUNIA" Cover Menyentuh Jiwa
- kaypohmedia
- 5 hours ago
- 1 min read

Selepas kejayaan ONE PATH dengan cover lagu SYURGA (Golden Kpop Demon Hunter Cover Versi Dakwah) yang kini sudah mendapat 830,245 tontonan di youtube, kini mereka dan Autotune Band kembali mencuri perhatian dengan pelancaran cover dakwah bertajuk "DUNIA", yang juga adaptasi kepada lagu "Your Idol" daripada filem animasi Netflix, KPop Demon Hunters.
Lagu asal dinyanyikan oleh kumpulan Saja Boys dalam naratif filem tersebut, namun di tangan ONE PATH, karya ini ditransformasi menjadi sebuah seruan keinsafan penuh spiritual. Video rasmi "DUNIA" telah dimuat naik pada 1 Ogos menerusi saluran youtube Tarbiah Sentap kini mencatat lebih 157,102 tontonan.
Bahagian komen di video YouTube rasmi menunjukkan keterujaan penonton terhadap lirik, susunan vokal, dan mesej mendalam lagu ini. Antara komen popular berbunyi:
"Bijaknya siapa yang menulis lirik. Backup vocal pun semua lengkap. Semua usaha dan bakat ni tanpa monetary gain pun..."

Lebih 556 komen telah dikumpulkan dalam masa tiga hari pelancaran, membuktikan sambutan luar biasa dan keberkesanan naratif dakwah menerusi medium hiburan.
"DUNIA" membuktikan bahawa mesej Islam boleh diangkat menerusi estetika kontemporari tanpa mengorbankan nilai. ONE PATH dan Autotune Band berjaya menyulam elemen pop Korea dan semangat dakwah dalam satu persembahan yang bukan sahaja menarik, tetapi juga menyentuh jiwa.
Dengan sokongan dari ribuan penonton dan pengguna media sosial, projek ini menjadi bukti nyata bahawa muzik boleh menjadi wadah perubahan yang menyatukan nilai dan budaya.
Comments