top of page

Nur Untuk Ariff, Drama Penuh Rahsia Cinta dan Konflik Keluarga

  • Writer: N
    N
  • 6 minutes ago
  • 2 min read

Apabila sebuah perkahwinan dibina atas kepura-puraan tetapi mula menyembuhkan luka lama, Nur Untuk Ariff menjadi drama yang wajib ditonton bagi peminat kisah cinta penuh emosi. Bermula 19 Januari, drama ini disiarkan setiap hari jam 8.00 malam secara eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.


Dibintangi oleh Aprena Manrose dan Nazim Othman, Nur Untuk Ariff mengisahkan cinta, trauma, perebutan kuasa dan rahsia keluarga yang lama terpendam. Dengan jalan cerita penuh konflik emosi, drama ini membawakan pengalaman menonton yang mendebarkan dan menyentuh hati.

Siri ini memfokuskan kepada Tajul Ariff, pewaris Empayar Holding yang terpaksa membina imej lelaki sempurna demi reputasi keluarga, meskipun menanggung trauma akibat kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa dan adik perempuannya. Demi memenuhi kehendak neneknya dan menjaga maruah keluarga, Ariff terpaksa mengahwini Nur melalui perkahwinan kontrak untuk membersihkan namanya.


Pada awalnya, Ariff enggan membuka hati, namun kehadiran Nur secara perlahan membawa ketenangan dalam hidupnya yang sebelum ini dibelenggu ketakutan dan mimpi ngeri. Hubungan palsu mereka mula bertukar menjadi perasaan tulus walaupun masing-masing cuba menafikannya.


Konflik keluarga bertambah tegang apabila ibu saudara Ariff, Razita, berusaha merampas jawatan CEO untuk anak lelakinya, Tajul Haiqal, yang ternyata telah lama mencintai Nur. Kembalinya Laila, cinta pertama Ariff, menjadikan keadaan lebih rumit apabila Nur menjadi mangsa permainan emosi dan penderaan mental serta fizikal.


Di sebalik kelembutannya, Nur membawa misi besar untuk mencari bukti yang mengaitkan Razita dengan kematian ibu bapa Ariff. Pendedahan demi pendedahan mendedahkan rahsia gelap keluarga termasuk kebenaran kemalangan tragis tersebut dan kewujudan Ainun, adik Ariff yang selama ini disangka telah tiada.


Kemuncak drama menyaksikan Ariff menghadapi kebenaran pahit, tetapi cinta Nur menjadi kekuatan untuknya bangkit, melawan trauma dan menuntut keadilan. Nur Untuk Ariff membuktikan bahawa keikhlasan dan cinta mampu menyembuhkan luka lama dan mengubah takdir.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan Nur Untuk Ariff bermula 19 Januari, setiap hari jam 8.00 malam secara eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton. Ikuti perjalanan emosi penuh rahsia keluarga, perkahwinan kontrak dan cinta yang akhirnya menemukan cahaya.

Comments


bottom of page