“Nights of Fright 11” Kembali Gempur Sunway Lagoon September Ini
- Nurul Safiah
- 1 day ago
- 1 min read

Festival seram ikonik tanah air, Nights of Fright 11 bakal kembali menghantui malam anda di Sunway Lagoon bermula 26 September hingga 2 November 2025.
Acara tahunan yang kini memasuki edisi ke-11 itu akan berlangsung setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 7.30 malam hingga 11.30 malam.
Dengan tema “Fear the Night. Feel the Fright!”, edisi kali ini menjanjikan pengalaman seram yang lebih mendalam dan mendebarkan.
Terdapat pelbagai aktiviti mengerikan menanti anda antaranya, 8 rumah hantu, 1 teater berhantu, 3 zon seram, 11 permainan ekstrem, serta 2 pentas persembahan.
Untuk makluman, Nights of Fright 11 hanya dibuka kepada pengunjung berumur 13 tahun ke atas, menekankan tahap keseraman yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Peminat acara seram boleh menjangkakan pengumuman harga tiket tidak lama lagi dan digalakkan untuk memantau laman rasmi serta media sosial Sunway Lagoon bagi maklumat terkini.
Rasai sendiri pengalaman seram yang luar biasa dengan pelbagai aktiviti menarik menanti anda di festival ini.
Comments