NanaSheme Kembali Dengan “Goodbye Sayang”, Lagu Untuk Yang Susah Move On
- N

- 10 minutes ago
- 2 min read
Kalau anda tengah berada dalam fasa cuba move on tapi masih teringat “dia”, mungkin lagu baharu NanaSheme ini boleh jadi teman paling ngam. Penyanyi dan penulis lagu asal Kuching, Sarawak itu kembali dengan single terbaharunya berjudul Goodbye Sayang sebuah lagu emo-pop yang penuh emosi, nostalgia dan rasa patah hati yang susah nak dijelaskan.

Menariknya, Goodbye Sayang bukan sekadar lagu cinta sedih biasa. NanaSheme memilih untuk tampil lebih jujur dan raw dengan sisi emosinya sendiri. Lagu bilingual Melayu-Inggeris ini membawa kisah tentang hubungan yang dah lama “habis”, tapi hati masih cuba bertahan.
Bagi peminat muzik pop rock dan emo-pop, vibe lagu ini memang ada sentuhan yang mengingatkan kepada era lagu-lagu galau yang dulu pernah jadi soundtrack hidup ramai orang. Bezanya, NanaSheme beri sentuhan lebih matang dengan produksi atmosferik dan vokal yang cukup emosional.
Menurut NanaSheme, lagu ini ditulis untuk mereka yang pernah berada dalam hubungan yang toksik dan sering dimanipulasi emosi.
Katanya, proses untuk move on bukan sesuatu yang berlaku dalam sehari. Ada yang perlukan masa berbulan-bulan, malah bertahun, sebelum sedar bahawa mereka sebenarnya sedang memegang sesuatu yang sudah lama hilang.

Dan ya, itu memang relatable untuk ramai orang.
Buat yang mengikuti perjalanan karier NanaSheme sejak zaman YouTube sekitar 2011, kemunculan Goodbye Sayang juga terasa seperti “restart button” buat dirinya. Dulu, dia mula dikenali menerusi video cover bersama gitar elektrik birunya sebelum debut rasmi dengan lagu Hantu Atau Buaya pada tahun 2015.
Selepas lebih sedekad bersama label rakaman, NanaSheme kini memilih untuk bergerak sebagai artis independen. Keputusan itu membuka ruang untuk dia lebih bebas menentukan arah muzik dan identitinya sendiri.
Jadi tak hairanlah kalau Goodbye Sayang kedengaran lebih peribadi dan dekat dengan jiwa NanaSheme.
Bukan itu saja, visual dan konsep emo-pop yang dibawa kali ini juga nampak lebih berani. Ada elemen nostalgia, vulnerability dan sedikit “emo phase” yang ramai sebenarnya tak pernah betul-betul tinggalkan.

Single Goodbye Sayang akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei 2026 dan tersedia di semua platform penstriman utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music dan TikTok.
Untuk peminat muzik lokal yang rindu lagu patah hati dengan feel yang betul-betul sampai, ini mungkin antara release yang patut masuk playlist anda minggu ini.

![Kim Myung Soo (L) Bakal Gegar Kuala Lumpur Menerusi Fan-Con Asia Tour [UNCHANGED] 2026](https://static.wixstatic.com/media/0439db_dfb7a56dc3d149b5baa9489d6745686e~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_1225,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/0439db_dfb7a56dc3d149b5baa9489d6745686e~mv2.jpg)

Comments