top of page

NaiseKL 10th Years Anniversary, Malam Bersejarah untuk Budaya HipHop Lokal!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Sempena ulang tahun ke-10 jenama ikonik NaiseKL, satu sambutan besar-besaran bakal berlangsung pada Ahad 3 0gos 2025 di Jio Space, Petaling Jaya bermula jam 4 petang sehingga lewat malam. 


Acara ini menandakan satu dekad perjalanan NaiseKl yang dahulunya mencetak t-shirt, kini mereka meraikannya dengan cara paling epik iaitu melalui muzik, budaya dan komuniti.


NaiseKL 10th Years Anniversary bertemakan dengan “A Decade Deep” menampilkan 8 nama besar dalam arena hiphop tanah air iaitu Lucidrari, Gard, Wuzgut, Chronicalz, Pele, YBJ, Yaph dan B-Heart yang bakal menggegarkan pentas dalam satu malam penuh tenaga.


Acara ini bukan sekadar persembahan tetapi ia juga merupakan suatu penghormatan kepada komuniti yang telah menyokong NaiseKL sejak hari pertama ia dilancarkan.


Bagi peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada sejarah ini, anda boleh dapatkan tiket di https://www.naisekl.com/collections/e-ticket-for-naise-10th-years-anniversary .



Acara ini dibawakan oleh NaiseKl bersama rakan media rasmi HMO (Hear Me Out) yang merupakan simbol kepada suara jalanan dan kreativiti.


Comments


bottom of page