top of page

Nadin Amizah Sah Bergelar Isteri Faishal Tanjung Dalam Majlis Tertutup di Bandung

  • kaypohmedia
  • 6 days ago
  • 1 min read
ree

Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah, akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Faishal Tanjung, pada Jumaat lalu.


Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Bandung, Indonesia yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan rapat.


Dalam majlis berkenaan, Nadin yang berusia 25 tahun menerima mas kahwin berupa perhiasan emas seberat 28.4 gram dan wang tunai sebanyak RM2,309 (Rp 8,082,025).


Penampilan Nadin mencuri perhatian apabila beliau memilih kebaya putih yang dipadankan dengan songket kuning, sedondon dengan Faishal. Aura klasik namun elegan itu menyerlahkan lagi seri pengantin baru ini.


Sebelum hari bahagia, Nadin turut mengadakan majlis pengajian sederhana untuk memohon restu kedua ibu bapanya.

ree

Untuk rekod, Faishal merupakan seorang pemuzik dan adik kepada pelakon terkenal Sheila Dara. Pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun sebelum bertunang pada Jun lalu.


Perkahwinan ini sekaligus menamatkan penantian para peminat yang mengikuti kisah cinta mereka sejak awal. Ramai yang mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Comments


bottom of page