top of page

Nadhif Basamalah Gegar Kuala Lumpur 11 September 2025 – Menjaga Hati Asia Tour Singgah di The Exchange Hall

  • kaypohmedia
  • 1 day ago
  • 1 min read

Peminat lagu balada yang menyentuh hati, bersiap sedialah! Penyanyi dan komposer muda Indonesia, Nadhif Basamalah, akan membuat penampilan istimewa di Kuala Lumpur menerusi siri jelajah Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur.

ree

Konsert yang dijadualkan berlangsung di The Exchange Hall, Petaling Jaya ini bakal membuka tirai pada jam 8 malam. Menurut penganjur bersama, After School dan Banyak Bagus Entertainment, Kuala Lumpur merupakan salah satu lokasi paling dinantikan oleh penyanyi berusia 25 tahun itu untuk bertemu peminat setia di Malaysia.

“Tanpa merendahkan lokasi lain dalam jelajah ini, kami amat berbangga dapat membawa Nadhif Basamalah ke Kuala Lumpur. Selain Singapura dan Kota Kinabalu, beliau sangat teruja untuk bertemu peminat di sini. Jangan lepaskan peluang mendengar sendiri vokalnya yang memukau,” kata Liaw Sun dari Banyak Bagus Entertainment.


Penjualan tiket kini dibuka di Ticketmelon, dan jumlahnya adalah terhad. Bagi peminat tegar, ini peluang terbaik untuk menikmati secara langsung lagu-lagu popular Nadhif seperti Penjaga Hati, Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya.

ree

Nadhif mula mencuri perhatian pada Julai 2022 melalui Wonder in Time, sebelum meledak di pasaran dengan To Be With Me dan Without Me (Sera). Namun, nama beliau benar-benar menjadi fenomena selepas Penjaga Hati dilancarkan pada 2023.


Menariknya, sebelum popularitinya melonjak, Nadhif pernah menjadi penyanyi pembuka untuk konsert Tulus di Makassar bagi siri jelajah Manusia. Kini, beliau hadir sebagai bintang utama yang memiliki ribuan pengikut setia di seluruh Asia Tenggara.


Bagi yang ingin merasai sendiri kehangatan dan keindahan vokal emas Nadhif, pastikan anda berada di The Exchange Hall, Petaling Jaya pada 11 September 2025. Pastikan tiket anda selamat sebelum ia habis terjual!

Comentarios


bottom of page