top of page

Nadeera Umum Showcase Pertama, “An Evening with Nadeera” Mei Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Apr 30
  • 1 min read

Penyanyi bersuara besar Nadeera Zaini bakal mengadakan persembahan solo sulungnya menerusi sebuah showcase istimewa bertajuk An Evening with Nadeera.

 

Konsert istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 30 Mei, 8.30 malam di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama.

 

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Nadeera menerusi hantaran di Instagram rasminya, menggambarkan keterujaan beliau untuk akhirnya beraksi dalam sebuah persembahan penuh yang didedikasikan khas buat para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.

 

“This is really happening! I’m so excited to announce my first ever showcase — An Evening with Nadeera,” tulisnya dalam kapsyen yang turut mengajak peminat hadir dan menyanyi bersama-sama pada malam yang dijanjikan penuh emosi dan kenangan.

 



Tiket akan mula dijual bermula esok, 1 Mei 2025 melalui laman web rasmi www.onetix.com.my.

 

Showcase ini dijangka menampilkan rangkaian lagu-lagu popular Nadeera termasuk “Bukan Lagi Kita” yang melonjakkan namanya selepas merangkul tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-39 baru-baru ini.

 

Jangan lepaskan peluang menyanyi bersama artis kegemaran anda dan cipta momen bersejarah bersama Nadeeera!



Comments


bottom of page