top of page

Nad Zainal Kembali Beraksi Dalam “Bahagia Yang Tertangguh” — Isu Ipar Toksik Jadi Tarikan Utama Slot Megadrama Astro Ria

  • Writer: N
    N
  • 8 hours ago
  • 2 min read

Pelakon berbakat besar Nad Zainal kini kembali mewarnai dunia lakonan selepas berehat seketika daripada dunia seni. Sejak September lalu, Nad dilihat semakin aktif di media sosial, berkongsi gambar dan video di lokasi penggambaran tanda jelas bahawa dirinya sudah bersedia untuk kembali memukau penonton.

ree

Kemunculan semula Nad Zainal kali ini cukup dinantikan peminat apabila beliau memilih untuk membintangi drama bersiri terbaharu terbitan Astro Ria berjudul Bahagia Yang Tertangguh, yang bakal menghiasi slot Megadrama bermula 17 November ini.

“Saya rindu untuk kembali berlakon dalam drama bersiri. Bila dapat tawaran ini, saya baca novelnya dan terus tertarik dengan jalan cerita isu ‘ipar toksik’ yang jarang diketengahkan dalam drama tempatan,” ujar Nad.
ree

Menariknya, Bahagia Yang Tertangguh mengangkat tema kekeluargaan dengan sentuhan realistik memperlihatkan cabaran seorang wanita bergelar ibu tunggal yang berdepan konflik emosi dan tekanan sosial.

“Saya mahu kaum wanita, terutama ibu tunggal, dapat merasai perjuangan Nurin Hana. Semoga mereka terus kuat walaupun berdepan pandangan serong masyarakat,” katanya lagi.

Dalam naskhah ini, Nad membawakan watak Nurin Hana, seorang ibu yang mengalami gangguan anxiety akibat tekanan hidup. Untuk menghayati peranan itu, beliau melakukan kajian mendalam termasuk menonton video, membaca artikel, dan melatih ekspresi wajah serta gerak tubuh agar realistik dalam setiap babak melibatkan serangan panik.

ree

Watak Nurin turut digambarkan sebagai seorang ibu kepada anak lelaki berusia lima tahun, lakonan pelakon cilik Mateen. Nad turut berkongsi bahawa hubungan mereka di set berjalan lancar.

“Alhamdulillah, Mateen sangat cemerlang dan banyak membantu saya menjayakan babak bersama,” kata Nad yang kelihatan bersemangat dengan projek comeback ini.

Selain Nad Zainal, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Izzue Islam, Rozita Che Wan, Datin Seri Nina Juren, Rosnah Johari, Riz Amin, Norreen Iman, Mimi Ernida, dan Adrean Mateen.

ree

Dengan jalan cerita yang sarat emosi serta tema ‘ipar toksik’ yang segar, Bahagia Yang Tertangguh dijangka menjadi antara drama paling dinanti dalam slot Megadrama Astro Ria penghujung tahun ini.


Jangan ketinggalan menyaksikan “Bahagia Yang Tertangguh” di Astro Ria bermula 17 November ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam!

Comments


bottom of page