top of page

Nabila Razali Kembali Dengan Single “#BalasBaik” — Lagu Tentang Kekuatan, Keikhlasan & Kedamaian Diri

  • Writer: N
    N
  • 3 minutes ago
  • 2 min read

Penyanyi dan pelakon terkenal Nabila Razali kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan single terbaharunya berjudul “#BalasBaik”, hasil kolaborasi antara Nabila Razali Entertainment dan Sony Music Malaysia, dengan kerjasama Malika Entertainment & Management.

ree

Lagu ciptaan duo berbakat Audi Mok dan Shazee Ishak, serta diterbitkan oleh PSTN, ini menampilkan gabungan pop moden berinspirasikan trap dengan mesej kemanusiaan yang mendalam tentang kekuatan memilih kebaikan dalam situasi sukar.

“Lagu ini mengingatkan saya bahawa ketenangan datang bila kita tidak membalas keburukan dengan kebencian, tetapi dengan hati yang ikhlas dan tenang,” kata Nabila mengenai maksud di sebalik karya baharunya itu.


“#BalasBaik” membawa tema penyembuhan, keikhlasan dan kedamaian diri, menjadikan ia bukan sekadar lagu pop, tetapi refleksi perjalanan peribadi Nabila sebagai seorang wanita dan artis yang semakin matang.

ree

Antara bait lirik yang paling meninggalkan kesan ialah:


“Buat jahat jahat, balas baik” simbol kepada kekuatan dalaman dan kemampuan untuk berdamai tanpa menyimpan dendam.
“Membalas dengan baik bukan tanda lemah, tapi tanda jiwa yang besar. Itu sebenarnya kuasa sebenar ketenangan,” tambahnya lagi.
ree

Bagi Nabila, “#BalasBaik” memperlihatkan dirinya yang lebih yakin, matang dan berani bereksperimen dengan bunyi pop moden. Namun begitu, dia tetap mengekalkan kelembutan dan keperibadiannya sebagai artis berhijab.

“Saya nak buktikan bahawa wanita berhijab pun boleh bawakan muzik pop moden dengan gaya tersendiri. Hijab bukan batas, tapi inspirasi,” ujar Nabila penuh semangat.


Dari segi produksi, lagu ini menampilkan keseimbangan antara bahasa harian dan simbolik, menjadikannya ringan didengar tetapi sarat makna. “#BalasBaik” bukan hanya karya muzik, tetapi satu pesanan penyembuhan untuk mereka yang pernah dilukai.

“Saya harap lagu ini menjadi peringatan bahawa kebaikan tidak pernah ketinggalan zaman. Dunia boleh keras, tapi bila kita kekal lembut dan kuat pada masa yang sama, itulah keindahan sebenar seorang insan,” katanya mengakhiri.

“#BalasBaik” oleh Nabila Razali boleh distrim di semua platform digital utama mulai 31 Oktober 2025.

ree

Dengan “#BalasBaik”, Nabila Razali bukan sahaja membuktikan kematangan vokal dan emosi, tetapi juga menegaskan bahawa kebaikan masih relevan dalam dunia yang penuh cabaran dan itu mungkin sebab kenapa lagu ini bakal jadi anthem baharu wanita moden Malaysia.

Comments


bottom of page