Mimi Fly Wakili Malaysia di Festival Muzik ASEAN-Korea 2026
- Tasnim Ahmad
- 3 hours ago
- 2 min read
Kalau sebut Mimi Fly ASEAN-Korea Music Festival 2026, memang satu berita yang buat kita rasa bangga sikit. Penyanyi versatil ni bakal bawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi festival muzik serantau yang akan berlangsung pada 18 dan 19 April ini di Araneta Coliseum, Filipina.

Festival yang dikenali sebagai ROUND 2026 ni bukan biasa-biasa. Ia jadi platform untuk artis dari Korea Selatan dan negara ASEAN berkongsi budaya melalui muzik, koreografi dan kolaborasi kreatif. Kiranya, ini antara pentas terbaik untuk tunjuk identiti seni masing-masing kepada audiens lebih luas.
Mimi, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, mengakui peluang ni bukan calang-calang. Bagi dia, ini adalah satu penghormatan besar dan dalam masa sama, satu tanggungjawab untuk deliver performance yang betul-betul ‘jadi’.
Dia pun sekarang tengah sibuk buat persiapan rapi. Bukan setakat nyanyi, tapi keseluruhan persembahan dari konsep sampai koreografi, semua nak bagi padu. Lagi menarik, Mimi akan tampil dengan set selama 25 minit bersama 16 penari dari Malaysia dan Filipina. Confirm bukan performance kosong.
Kalau tengok line-up lain pun, memang solid. Antara artis yang bakal turut serta termasuk Pamungkas dari Indonesia, Syafiq Abdulah dari Brunei, TJ Monterde dari Filipina dan kumpulan Korea Selatan, 10CM. Memang gabungan vibe ASEAN dan K-pop dalam satu pentas.
Dalam pada sibuk prepare untuk festival, Mimi tak berhenti kat situ je. Dia juga bakal muncul sebagai artis jemputan dalam Konsert For You: Nourul yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei nanti. Menariknya, kolaborasi ni bermula daripada DM di Instagram je. Nampak tak, kadang-kadang benda besar bermula dari benda simple.
Hubungan Mimi dengan Nourul pun bukan baru. Dia sendiri akui penyanyi senior tu antara individu yang selalu beri sokongan dan aura positif dalam perjalanan kariernya.
Di luar dunia muzik pula, Mimi aktif dengan kelas tarian dan yoga. Bagi dia, dua aktiviti ni bukan saja bantu kekalkan kesihatan fizikal dan mental, tapi juga jadi cara untuk inspire orang lain jaga diri. Balance betul lifestyle dia. Seni jalan, kesihatan pun on point.
Akhir kata, penampilan Mimi Fly di ASEAN-Korea Music Festival 2026 ni bukan sekadar persembahan biasa. Ini peluang untuk Malaysia ‘bersuara’ di pentas serantau. Kita tunggu je macam mana dia nak ‘angkat’ vibe Malaysia ke level seterusnya.



Comments