top of page

MIKAEL: Filem Aksi Komedi Seram Unik Malaysia

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Apr 1
  • 2 min read

Kalau kau jenis suka filem yang campur semua benda, aksi, lawak dan seram, MIKAEL: Pemburu Dua Alam mungkin next movie wajib tengok. Filem ini tampil sebagai antara percubaan berani dalam industri tempatan, gabungkan tiga genre sekali gus dalam satu cerita yang penuh misteri dan adrenaline.


Bukan sekadar aksi tembak-menembak atau jumpscare biasa, filem ini bawa penonton masuk ke dunia ghaib yang diinspirasikan daripada mitologi tempatan. Rare juga nak nampak kombinasi macam ni dalam filem Malaysia.


Diarahkan oleh Zahir Omar (yang sebelum ini dikenali dengan Fly by Night), MIKAEL cuba keluar dari formula tipikal. Kali ini, dia bawakan cerita tentang seorang anggota polis elit bernama Mikael yang terpaksa berdepan ancaman luar biasa. Bukan manusia, tapi kuasa jahat dari alam lain.


Plot dia pun agak padu. Segalanya bermula dengan satu kes pembunuhan beramai-ramai di majlis kahwin. Dari situ, Mikael terjebak dalam misi memburu artifak purba untuk menghentikan seorang Penguasa Jin yang nak kuasai dunia dengan menjatuhkan tujuh pelindung. Bunyi macam heavy, tapi interesting part dia. Ada juga elemen komedi yang buat cerita tak terlalu gelap.


Yang lagi best, Mikael tak bergerak solo. Dia ditemani watak-watak unik macam Winston (penjual ramuan sihir hitam), Sarjan Kok (polis muda yang agak awkward tapi setia), dan Aisyah (pencuri licik yang biasa deal dengan artifak rare). Dynamic group ni yang bagi warna dalam jalan cerita.


Dari segi barisan pelakon, nama besar macam Remy Ishak lead sebagai Mikael, bersama Norreen Iman, Fabian Loo dan Alicia Amin. Casting nampak solid, especially untuk bawa vibe serius dan santai dalam satu masa.


Malam gala pun dah berlangsung di GSC Mid Valley, dengan kehadiran pelakon dan orang industri. Dari situ pun dah nampak hype dia makin naik, especially bila filem ni disebut sebagai antara aksi-komedi-seram pertama seumpamanya di Malaysia.


Apa yang buat MIKAEL menarik bukan sekadar genre campur-campur, tapi cara dia cuba angkat elemen budaya dan dunia ghaib tempatan ke level lebih cinematic. Kalau kena gaya, ini boleh jadi antara filem tempatan yang standout tahun ni.


Filem MIKAEL: Pemburu Dua Alam mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April. So kalau kau tengah cari something fresh untuk ditonton, mungkin ini pilihan yang boleh masuk dalam list hujung minggu.

Comments


bottom of page