MIFFest 2026 Kembali dengan Tema “Resonance” & Duta Baharu
- Tasnim Ahmad
- Apr 6
- 2 min read
Kalau anda peminat filem, ini mesti masuk dalam kalendar! Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) edisi ke-9 bakal berlangsung dari 18 hingga 25 Julai 2026 di Kuala Lumpur. Tahun ni, tema yang dipilih ialah “Resonance”, satu konsep yang nak tunjuk macam mana filem boleh bergema, bukan sahaja di layar, tapi juga dalam hati penonton dan perbualan harian kita.
Joanne Goh, pengasas MIFFest, kata filem bukan sekadar hiburan, ia satu medium yang membawa mesej, emosi dan refleksi diri. Jadi, tema Resonance ni macam panggilan untuk semua kita untuk rasa, fikir, dan sambungkan cerita tu dengan hidup masing-masing. Visual festival pula berwarna ungu, simbol kedalaman dan transformasi, dengan gelombang cahaya yang menyerlahkan pengaruh filem pada masyarakat.
Tahun ni, MIFFest memperkenalkan barisan duta yang cukup menarik. Ada Jack Tan dan Zizan Razak yang membawa tenaga segar, Daiyan Trisha kembali untuk tahun kedua, dan Bront Palarae yang sudah tujuh tahun berturut-turut bersama festival ini. Gabungan ni bukan sahaja simbolik, tapi juga cerminan semangat sinema Malaysia yang makin berkembang, merentasi generasi dan bakat baru.
MIFFest 2026 juga meneruskan misi ASEAN On Screen, menonjolkan cerita dari Asia Tenggara dan membuka ruang kerjasama serantau. Lebih menarik, filem ASEAN terpilih bakal dibawa ke Asian World Film Festival (AWFF 2026). Ini peluang besar untuk penggiat filem tempatan dan serantau dipandang penonton antarabangsa.
Selain itu, ada juga Minggu Filem Rusia dan kerjasama dengan India, memberi peluang penonton Malaysia rasa perspektif sinema global. Untuk yang minat AI dan seni digital, pameran Algorithmic Organisms 2.0 pula menjanjikan pengalaman imersif yang unik, gabungan bunyi, imej dan kecerdasan buatan. Memang lain dari biasa!
MIFFest bukan sekadar tayangan filem. Tahun ni, kerjasama dengan Foodpanda, Mah Sing Group, dan penaja lain menjadikan pengalaman festival lebih lengkap dan mudah. Dengan program bimbingan untuk pembikin filem baru serta peluang jaringan industri, festival ni memang syurga untuk sesiapa yang minat dunia sinema dan kreativiti.

Kalau anda nak rasai gema filem yang berbeza, MIFFest 2026 wajib dimasukkan dalam bucket list. Dari 18 hingga 25 Julai, Kuala Lumpur bakal jadi pusat sinema yang penuh cerita, emosi, dan inspirasi.







Comments