Michael Learns To Rock Kembali Gegarkan Malaysia November Ini – Konsert Eksklusif di Arena of Stars!
- kaypohmedia
- 7 hours ago
- 2 min read
Para peminat muzik 90-an bersedia untuk malam penuh nostalgia! Kumpulan pop rock legenda dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR), akan kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert istimewa bertajuk “Michael Learns To Rock Encore All The Hits in Malaysia” yang dijadual berlangsung pada 9 November 2025 (Ahad), jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Konsert ini dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group dengan kerjasama JS Concert Productions, dan dijangka menjadi antara persembahan terbesar mereka di Malaysia setakat ini.
Sejak penubuhan mereka pada tahun 1988, MLTR yang terdiri daripada Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (gitar) dan Kåre Wanscher (dram), telah menjadi fenomena global dengan lagu-lagu romantik yang mencuri hati jutaan peminat. Hits seperti “25 Minutes”, “Sleeping Child”, “Paint My Love”, “Take Me To Your Heart” dan “That’s Why (You Go Away)” terus menjadi siulan sepanjang zaman.
Dengan lebih 1,000 persembahan secara langsung di seluruh dunia, lebih 11 juta album terjual dan penstriman melebihi 1.5 bilion, MLTR membuktikan bahawa muzik mereka kekal relevan dan abadi.
Tiket akan mula dijual bermula 4 Ogos untuk ahli Genting Rewards secara eksklusif melalui rwgenting.com, manakala jualan umum akan bermula 8 Ogos menerusi etix.my, rwgenting.com dan trip.com.
Berikut ialah kategori tiket yang ditawarkan:

Zon MLTR – RM988
VIP – RM788
PS1 – RM688
PS2 – RM488
PS3 – RM288
PS4 – RM188 (Harga termasuk caj pemprosesan RM4)
Untuk pembeli tiket Zon MLTR dan VIP, anda berpeluang memenangi sesi foto eksklusif dengan MLTR
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan secara langsung kumpulan yang telah mencipta kenangan cinta dan persahabatan buat generasi 90-an ini!
Untuk perkembangan lanjut, ikuti: MMIC Entertainment Group Facebook: @MMICEntertainmentGroup, Instagram: @mmic.entertainmentgroup dan JS Concert Productions Facebook: @JSConcertProductions
November ini, biarkan MLTR membawa anda kembali ke era muzik cinta sejati. Tempah tiket anda sebelum habis!
Comments