top of page

Mejikuhibiniu: Dari Pelangi Jadi Fenomena Streaming

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 24 minutes ago
  • 1 min read
ree

Kalau dulu “Mejikuhibiniu” cuma formula hafal warna pelangi semasa di sekolah rendah, sekarang ia dah naik taraf jadi anthem hip-hop cinta penuh warna. Dilancarkan pada 27 Jun 2025, kolaborasi Tenxi, Suisei & Jemsii terus mencetus gelombang yang bukan sekadar trending, tapi pecah carta streaming serantau.


Spotify dah catat lebih 66 juta strim global. Paling power, lagu ini pernah peak di #7 global weekly chart dan masuk carta Top 50 Malaysia & Indonesia.


Manakala di YouTube, MV rasmi dah cecah 16 juta views, manakala video lirik rasmi pun steady dengan lebih 370 ribu tontonan.


Di Apple Music pula, lagu ini disenaraikan dalam Top Hip-Hop Tracks bulan Ogos-September 2025, dan juga menaik dalam playlist Today’s Hits SEA.


Di carta serantau, ianya di tangga #3 di Malaysia, #7 di Indonesia, #36 di Singapura. Ini membuktikan lagu ini bukan hype sementara, tapi juga merupakan cross border banger.


“Mejikuhibiniu” bukan sekadar sebut warna, tapi guna metafora pelangi untuk gambarkan perjalanann cinta; ada merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila dan unggu.


Tenxi bawa hook manis, Suisei inject flow ligat, Jemsii tambah punchline padu. Energy masing-masing blend jadi satu vibe universal.


Lagu ini membuktikan lagu dengan konsep simple tapi kreatif boleh diangkat jadi mega hit bila kena dengan masa, collab, dan strategi. Dengan angka streaming yang makin naik setiap minggu, besar kemungkinan track iini bakal jadi antara anthem paling ikonik 2025.


ree

Comments


bottom of page