“Mangu” dari Kumpulan Fourtwnty Bukan Sekadar Lagu Indie
- Atiqah Halim

- 10 hours ago
- 2 min read

Kalau kau follow muzik indie Indonesia, mesti tak asing lagi dengan Mangu, lagu Fourtwnty feat Charita Utami yang sekarang tengah meletup di Spotify dan TikTok. Tapi apa yang buat lagu ni lain dari lagu-lagu viral lain? Ini cerita penuh pasal Mangu, dari maksud lirik sampai fakta streaming yang buat korang terkejut.
Lagu ni bukan sekadar cinta manja-manis. Dari awal, Fourtwnty dah kasi vibe deep dan emosional. Contohnya baris “Bacaan dan doa yang mulai berbeda / Ego dan air mata kita bicara” jelas tunjuk konflik antara dua orang bukan sekadar sebab hati tapi sebab perbezaan spiritual dan keyakinan. Lepas tu, chorus dia “Gila tak masuk logika / Termangu hatiku / Kau menggenggam, ku menadahnya” bagi gambaran yang kuat tentang ketidakseimbangan perasaan. Satu pihak cuba pegang, satu lagi hanya terima, tapi masih penuh dilema. Baris terakhir yang paling menusuk ialah “Tak lagi sama, cara berdoa … Tak lagi sama, arah kiblatnya”, bukan maksud literal semata, tapi simbolik haluan hidup dan kepercayaan yang berbeza. Lagu ni bagi rasa sunyi dalam diri, termenung, dan pedih yang subtil tapi nyata. Memang sesuai dengan maksud “mangu” dalam bahasa Jawa, iaitu termenung atau diam.

Tapi bukan maksud lagu ni sedih semata. Justeru kerana kejujuran lirik dan melodi yang lembut, Mangu terus hidup. Lagu ni asalnya diriliskan pada April 2022, tapi letupan sebenar datang tahun 2025. Viral di TikTok, Instagram, dan dimainkan ulang-ulang oleh peminat baru yang discover Fourtwnty. Bukan sekadar trend seminggu dua, tapi lagu ni kekal di tangga Top 50 Spotify Indonesia selama 10 minggu dan tembus Top 10 Spotify Global. Dalam 24 jam puncak chart, Mangu direkodkan dimainkan lebih 3.3 juta kali. Jumlah strim di Spotify setakat ni dah lebih 363 juta kali, manakala Fourtwnty sendiri ada sekitar 12.68 juta pendengar bulanan dan jumlah pengstriman lebih 1.6 bilion. Ini bukti indie band tetap boleh bersaing global, asal lirik & vibe connect dengan pendengar.
Yang paling menarik, Mangu sebenarnya ditulis sebagai hadiah untuk seorang kawan. Lagu yang sekarang pecah chart global bermula dari niat peribadi, bukan strategi marketing gila-gila. Tema lagu pun bukan cinta standard; ia sentuh isu kepercayaan, spiritual, dan identiti. Banyak pendengar Gen Z dan millennial connect dengan mesej ni sebab ramai yang pernah hadapi dilema sama: cinta, perbezaan agama atau kepercayaan, dan tekanan sosial. Kombinasi lirik puitis, produksi minimal tapi intimate, serta viral social media buat Mangu jadi fenomena bukan sebab hype semata, tapi sebab orang memang relate.
Fourtwnty sekali lagi bukti yang muzik indie dengan tema tulen, tanpa perlu gimmick, boleh tembus pasaran global. Dari baris metafora halus sampai ke chart global, Mangu tunjuk satu perkara: kadang-kadang, ketulusan lirik dan emosi yang jujur lebih kuat daripada beat paling catchy sekalipun. Jadi kalau korang tak pernah dengar atau skip dulu, sekarang masa untuk loop streaming dan rasa sendiri kenapa lagu ni buat ramai orang termenung, sama macam maksud nama dia sendiri.









Comments