top of page

MANGSA JADI PEMBUNUH? FILEM HORROR AKSI ‘THEY WILL KILL YOU’

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 17 hours ago
  • 2 min read

Warner Bros kembali buat bising dengan pengumuman filem terbaru berjudul They Will Kill You, sebuah naskhah horror aksi berbalut komedi gelap yang dijangka jadi antara filem paling ganas dan tidak berlapik tahun 2026.


Diterajui oleh Zazie Beetz, filem ini jelas tidak bermain selamat. Dari trailer yang baru dilancarkan, mesejnya straight to the point. Ini bukan kisah mangsa yang tunggu diselamatkan. Ini kisah survival, balas dendam dan darah yang mengalir tanpa henti.


HOUSEKEEPER BIASA, NERAKA LUAR BIASA



Watak utama lakonan Zazie Beetz diceritakan sebagai seorang wanita yang menerima tawaran kerja sebagai housekeeper di sebuah bangunan mewah Manhattan dikenali sebagai The Virgil. Pada awalnya, segalanya nampak normal dan eksklusif. Namun keadaan berubah drastik apabila dia menyedari bangunan tersebut sebenarnya markas sebuah kultus rahsia yang mengamalkan ritual korban manusia.


Daripada sasaran korban, wataknya memilih untuk melawan. Apa yang menyusul adalah siri kekacauan berdarah, aksi ganas dan situasi ekstrem yang penuh dengan humor hitam. Filem ini jelas tidak bertujuan untuk jadi horror beremosi atau slow burn. Ia lantang, agresif dan sengaja keterlaluan.


GABUNGAN GENRE YANG TAK KENAL KOMPROMI



They Will Kill You diarahkan oleh Kirill Sokolov dan menampilkan gabungan genre horror, aksi dan komedi gelap yang mengingatkan kepada vibe filem seperti Ready or Not dan elemen survival ala Die Hard. Bezanya, filem ini tampil lebih liar dengan visual grindhouse, keganasan eksplisit dan dialog sinis yang tidak tapis.


Selain Zazie Beetz, filem ini turut dibintangi Patricia Arquette, Tom Felton, Heather Graham, Myha’la dan Paterson Joseph. Barisan pelakon ini menambah lagi daya tarikan, terutama dengan karakter antagonis yang digambarkan sebagai elit berkuasa dan tidak berperikemanusiaan.


HYPE TINGGI, RISIKO PUN BESAR



Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada 27 Mac 2026 dan sudah mula mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat genre horror. Ada yang memuji keberaniannya menolak formula biasa, ada juga yang skeptikal dengan persaingan sengit di box office kerana tarikh tayangannya bertembung dengan beberapa filem genre sama.


Namun satu perkara jelas. They Will Kill You bukan filem untuk penonton yang mahukan kisah selamat atau mesej lembut. Ia datang dengan identiti yang keras, brutal dan sengaja provokatif.


Kalau trailer saja sudah cukup buat ramai angkat kening, versi penuh di pawagam nanti mungkin akan jadi antara pengalaman paling kacau dalam dunia horror moden.



Comments


bottom of page