top of page

Mandul Bukan Pilihan: Astro Buka Bicara Tentang Stigma Infertiliti Dalam Perkahwinan Muda

  • kaypohmedia
  • 1 day ago
  • 1 min read

Astro sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menerbitkan drama bermutu tinggi dengan naskhah terbaharu bertajuk Mandul Bukan Pilihan, sebuah drama kekeluargaan penuh emosi yang bakal bersiaran mulai 14 Julai 2025 menerusi Astro GO dan sooka.

Diadaptasi daripada karya penulis skrip terkenal dari Indonesia, drama ini menyentuh isu sensitif yang jarang dibicarakan secara terbuka iaitu masalah infertiliti dalam kalangan pasangan muda. Dengan latar kisah perkahwinan yang diikat perjanjian RM1 juta, penonton dibawa menyelami konflik dalaman pasangan ini yang mencabar norma, kepercayaan serta prinsip hidup.

Lebih daripada sekadar kisah rumah tangga, Mandul Bukan Pilihan membuka ruang perbincangan tentang tekanan emosi, stigma masyarakat dan perjuangan wanita yang berhadapan dengan pandangan serong hanya kerana tidak mampu melahirkan zuriat.


Barisan pelakon hebat seperti Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat dan Ashraf Muslim menghidupkan watak-watak kompleks dengan penuh penghayatan. Ditambah pula dengan runut bunyi menyentuh hati nyanyian Misha Omar, Hael Husaini dan Nadeera Zaini, drama ini pasti menggamit perasaan penonton.

Menurut Astro, Mandul Bukan Pilihan menjadi antara drama pembuka tirai bagi kempen Home of Drama 2025 yang mengangkat tema-tema realiti kehidupan, cinta dan keluarga yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Comments


bottom of page