top of page

Malam Terlarang Pecah RM10 Juta, Penonton Tak Henti Serbu Pawagam

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 19 hours ago
  • 2 min read
ree

Filem seram tempatan, Malam Terlarang tengah on fire bila ia berjaya kumpul RM10 juta setakat ni. Astro Shaw memang tidak main-main tahun ni sebab karya ini terus jadi juara kutipan untuk genre seram. Power gila bila filem lokal boleh pecut sampai tahap ni dalam masa yang singkat.


Penerbit Eksekutif, Raja Jastina Raja Arshad pun tak sembunyi rasa bangga bila cakap kejayaan ni datang daripada teamwork all out dan sokongan penonton. Dia siap appreciate media dan pempamer sebab sama sama push filem ni sampai ramai orang tahu dan pergi tengok sendiri. Aura Malam Terlarang memang tengah peak.


Masuk minggu ketiga tayangan, jumlah penonton harian tidak surut langsung. Jalan cerita idea asal Hazo Mahayuddin, Haris M Nor, Ariff Zulkarnain dan Nazifdin Nasrudin ni memang lain macam. Ia bukan sekadar acah acah seram tetapi buka layer obses manusia pada ilmu hitam dan bagaimana benda tu memusnahkan hidup, hubungan, kewarasan dan nilai kemanusiaan.


ree

Kisahnya bermula dari Mawar, gadis 18 tahun dari Kampung Pasir Larung yang terpaksa menarik cita-cita untuk menjadi wartawan untuk menjaga ibunya. Ayah pula sibuk berpolitik. Hidup dia terus berpusing apabila kakaknya Safar meninggal secara misteri. Sejak tu Mawar dihantui gangguan mistik dan paranormal yang menggerunkan habis sampai dia tekad bongkar apa sebenarnya yang terjadi pada Safar.


ree

Filem ni padat dengan nama besar dan bakat fresh termasuk Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M Jamil. Siapa nak jumpa mereka secara live boleh check pawagam tertentu yang akan buat penampilan istimewa.


Untuk info paling cepat dan update panas, follow Astro Shaw dan Astro Gempak. Malam Terlarang baru mula panas dan nampaknya momentum dia belum nak slow. Penonton suka seram yang tak sekadar hantu terbang dan filem ini deliver exactly that.


Comments


bottom of page