Kidd Santhe Lancar ‘Aku Level Lain’, Raikan Identiti Malaysia Selepas Kejayaan di India
- N

- 6 hours ago
- 1 min read

Selepas mencuri perhatian di India menerusi “Naa Vera Level”, Kidd Santhe kembali dengan single baharu berjudul “Aku Level Lain” yang menampilkan identiti Malaysia melalui gabungan bahasa Melayu, budaya tempatan dan elemen hip-hop Pantai Timur.
Sebelum ini, “Naa Vera Level” yang menampilkan artis Chennai, Raavanaa Ram, meraih lebih sejuta tontonan di YouTube dalam tempoh empat hari, selain membawa Kidd Santhe menjalani siri promosi bersama media di India.

Menerusi “Aku Level Lain”, Kidd Santhe bergandingan dengan Rxf Rhaled, artis hip-hop Pantai Timur yang dikenali dengan penggunaan dialek Kelantan. Kolaborasi ini memberi warna baharu kepada lagu sambil meraikan kepelbagaian budaya Malaysia.

Menurut Kidd Santhe, kejayaan di India menjadi inspirasi untuk menghasilkan karya yang lebih dekat dengan rakyat Malaysia tanpa menghilangkan identitinya.
Naa Vera Level membuka banyak peluang yang tidak disangka. Sambutan di India sangat luar biasa. Pengalaman itu membuat saya sedar muzik boleh merentasi sempadan tanpa kehilangan identiti. Sebab itu saya hasilkan ‘Aku Level Lain’ untuk meraikan Malaysia, bahasa kita dan budaya kita.
Video muzik rasmi lagu ini turut dirakam sepenuhnya di Kelantan bagi mengetengahkan keindahan landskap dan budaya Pantai Timur.
“Aku Level Lain” nyanyian Kidd Santhe bersama Rxf Rhaled boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 31 Julai 2026.




Comments