Malam Melankolia Himpunkan 1,500 Penonton, Muzik Jadi Medium Buka Bicara Kesihatan Mental
- Atiqah Halim

- 4 minutes ago
- 2 min read

Puncak Alam kembali hidup apabila seramai 1,500 pengunjung membanjiri Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam sempena Malam Melankolia, sebuah konsert berskala besar yang bukan sekadar hiburan semata-mata. Dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Event Management, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UiTM Puncak Alam, acara ini berjaya mencipta malam penuh emosi, refleksi diri dan mesej penting tentang kesihatan mental.
Berlangsung pada 19 Disember lalu, Malam Melankolia tampil dengan konsep yang lebih deep daripada konsert biasa. Ia diwujudkan sebagai ruang selamat untuk anak muda meluahkan perasaan, connect melalui muzik dan belajar untuk lebih empati terhadap isu kesihatan mental. Inisiatif ini turut diperkukuhkan menerusi kerjasama bersama EMPATI NGO selaku rakan kolaborasi rasmi yang aktif memperjuangkan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan belia.

Dari segi persembahan, barisan artis yang dibawakan memang padu. Insomniacks, 6ixth Sense, Luqman Podolski, Safwan, Syasya dan Adam masing-masing menyampaikan set penuh jiwa yang buat penonton hanyut sama dalam emosi. Kehadiran Yuji dan Empty Page sebagai artis pembuka tirai pula berjaya menetapkan vibe melankolia sejak awal malam dan menaikkan lagi hype penonton.
Tak sekadar muzik, pengalaman Malam Melankolia diperkaya dengan segmen interaktif seperti cabutan bertuah, sesi libat urus bersama penonton dan sesi bergambar selepas persembahan. Semua ini menjadikan acara tersebut lebih dekat dengan audiens dan meninggalkan impak yang berpanjangan.

Kejayaan acara ini turut disokong oleh pelbagai penaja dan rakan strategik termasuk Wardah, MFAR Empire, Sterk Production, Kopi Bujang, MYC, WeDrink, Cili Montel, ANR Emas, Jajan Viral, INA Trading, Makerz, Meet Mee, Printcious, MPP Zon 7, Tee Lab Services, Kaypoh Media dan Kadhunt yang bersama-sama menjayakan visi Malam Melankolia.
Sebagai projek tahun akhir, Malam Melankolia membuktikan keupayaan para pelajar UiTM untuk merancang dan melaksanakan acara berskala besar dengan mesej sosial yang kuat. Lebih daripada sekadar hiburan, acara ini membuka ruang perbualan yang jujur tentang kesihatan mental dan emosi, sesuatu yang semakin relevan dalam kehidupan generasi muda hari ini. Real talk, ini antara contoh event yang bukan saja buat orang enjoy, tapi juga buat orang rasa didengar.









Comments