top of page

Malaikat Malam: Bila Dunia ‘Rempit’ Bertemu Kisah Cinta

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 days ago
  • 2 min read

Filem Malaikat Malam akhirnya tiba di pawagam Malaysia, dan kali ini bukan sekadar aksi motosikal biasa. Dari awal lagi, filem Malaikat Malam dah bagi vibe lain. Laju, gelap, tapi ada hati. Bukan sekadar cerita ‘rempit’, tapi lebih kepada perjalanan hidup dan pilihan yang kita buat.


Kalau korang ingat filem genre ni cuma penuh lumba haram dan bunyi enjin kuat, mungkin kali ni korang kena fikir dua kali.


Filem ini mengisahkan Azam, seorang ‘mat motor’ yang hidup dalam dunia penuh risiko. Tapi hidup dia berubah bila satu insiden tak dijangka berlaku. Dia terlanggar seorang gadis buta bernama Ratna. Dari situ, segalanya mula jadi lebih complicated. Bukan saja tentang rasa bersalah, tapi juga peluang kedua dan harapan untuk berubah.


Apa yang buat Malaikat Malam lain sikit adalah cara cerita ni dibawa. Ya, aksi tetap ada, memang laju dan adrenaline-pumping. Tapi dalam masa yang sama, hubungan antara watak terasa lebih dekat. Ada elemen kesetiaan, pengorbanan dan realiti hidup yang kadang-kadang orang luar tak nampak.


Lakonan Syafiq Kyle sebagai Azam pun antara highlight utama. Ini kali pertama dia bawakan watak ‘mat rempit’, dan jujurnya, nampak effort dia untuk keluar dari zon selesa. Lebih berani, lebih raw. Digandingkan dengan Tracie Sinidol sebagai Ratna, chemistry diorang bagi lapisan emosi yang buat cerita ni tak kosong.


Turut mencuri perhatian, kemunculan semula Que Haidar yang memang ramai tunggu. Barisan pelakon lain macam Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi pun bagi warna tersendiri dalam dunia yang penuh konflik ni.


Di sebalik tabir pula, filem ni diarahkan oleh pendatang baru Nazifdin Nasrudin. Walaupun ini debut dia sebagai pengarah, pengalaman sebelum ni sebagai editor dan penulis untuk filem besar jelas nampak dalam pacing dan storytelling. Tambah pula dengan sentuhan penerbit berpengalaman, hasilnya nampak lebih kemas dan ada identiti sendiri.


Secara keseluruhan, Malaikat Malam cuba ubah persepsi tentang dunia ‘mat motor’. Bukan nak romantikkan, tapi nak tunjuk sisi manusia di sebalik stigma. Dan itu yang buat cerita ni rasa lebih relatable.

Kalau korang jenis suka filem aksi yang ada emosi bukan sekadar kejar-kejar,

mungkin ini boleh masuk dalam watchlist hujung minggu.

Comments


bottom of page