Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Edisi 60 Tahun Permata Biru di Penang, Artis Pertama Gegar Stadium Negeri Pulau Pinang
- kaypohmedia
- 2 hours ago
- 2 min read
Kalau sebut nama Ella, confirm ramai terus teringat aura rock yang tak pernah pudar. Kali ini, konsert Ella Homecoming Pulau Pinang jadi antara event paling ditunggu-tunggu, bukan sekadar sebab muzik tapi kerana kisah di sebaliknya yang cukup dekat di hati.

Selepas berjaya gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lebih 55,000 penonton sebelum ini, Ratu Rock Malaysia kembali dengan edisi baharu Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru yang bakal berlangsung pada 25 Julai 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.
Bezanya kali ini? Lebih personal. Lebih emosi. Lebih “balik kampung”.
Konsert ini bukan sekadar satu lagi persembahan besar. Ia simbol kepulangan Ella ke negeri kelahirannya, Pulau Pinang, bertepatan dengan ulang tahun ke-60 beliau. Bayangkan momen seorang legenda kembali ke tempat asal selepas hampir empat dekad dalam industri memang lain macam feel dia.
Lebih menarik, Ella juga bakal mencipta sejarah sebagai artis pertama yang mengadakan konsert solo di stadium tersebut. Bukan calang-calang pencapaian.

Apa yang buat konsert ini lagi “kaypoh-worthy” adalah mesej di sebaliknya. Peace. Love. Rindu. Bukan sekadar tagline, tapi satu gerakan. Setiap pemegang tiket boleh memilih badan kebajikan pilihan mereka, dan RM2 daripada setiap tiket akan disalurkan kepada organisasi tersebut. Jadi, sambil enjoy muzik, boleh juga contribute something back to society.

Dari segi akses pula, nampaknya penganjur memang nak bagi semua orang rasa pengalaman ini. Harga tiket bermula serendah RM39 agak rare untuk konsert stadium skala besar macam ni. Kalau korang pernah pergi edisi Kuala Lumpur sebelum ni, ada peluang dapat akses awal dan diskaun khas bermula 8 Mei 2026. Untuk umum, jualan tiket dibuka pada 11 Mei.
Menurut pihak penganjur, konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tapi satu pengalaman yang menggabungkan muzik, emosi dan komuniti. Dan daripada apa yang kita nampak, memang itu arah yang dibawa.

Ella sendiri pun anggap konsert ini sebagai refleksi perjalanan hidup dan kariernya dari awal hingga sekarang. Dan “homecoming” ke Pulau Pinang ni jelas bukan sekadar lokasi, tapi satu momen yang sangat peribadi buat beliau.
Akhir kata, kalau korang peminat Ella atau sekadar nak rasa vibe konsert yang ada jiwa ini mungkin antara event yang tak patut skip tahun ini.



Comments