MADAM Lancar Album Sulung, Pertaruhan Bunyi & Emosi
- Tasnim Ahmad
- 2 hours ago
- 2 min read
Kalau korang peminat muzik rock tempatan, nama MADAM : The Album mungkin dah mula lalu-lalang di timeline. Band rock tempatan, MADAM, akhirnya tampil dengan album sulung mereka. Ianya satu langkah besar yang bukan saja penting untuk mereka, tapi juga menarik untuk scene muzik Malaysia.

MADAM, atau “Men of Another Day Another Music”, bukan nama baru sebenarnya. Sejak ditubuhkan sekitar 2019, mereka dah lalui macam-macam fasa dari eksperimen bunyi, cari identiti, sampai akhirnya jumpa “signature” sendiri. Dan album sulung ni macam simbol mereka dah ‘naik level’.
Apa yang best tentang album ni? Ada 8 lagu original, semuanya ditulis dan diterbitkan sendiri oleh ahli band. Ambil masa hampir setahun untuk siap, dan hasilnya bukan sekadar rock biasa. Ada campuran modern rock, alternative, pop rock sampai soft rock. Pendek kata, satu album yang tak bosan.
Dari segi cerita pula, lagu-lagu dalam album ni banyak sentuh pasal cinta, hubungan dan konflik peribadi. Tapi bukan jenis cliché. Setiap track ada vibe dan emosi sendiri, ada yang mellow, ada yang intense, ada yang buat kita termenung sekejap.
Antara yang jadi perhatian ialah single fokus mereka, “Antara Garisan”. Lagu ni bawa kisah tentang hubungan yang penuh ilusi. Bila kita mula sedar tak semua yang nampak indah tu betul. Lirik dia puitis, tapi pedih. Sesuai untuk sesi “overthinking” tengah malam.
Menariknya, MADAM pilih untuk buat semuanya secara DIY. Dari penulisan, rakaman sampai ke penerbitan, semua diuruskan sendiri. Keputusan ni datang lepas pengalaman mereka yang sebelum ni terpaksa tunggu pihak luar. Kali ni, mereka ambil control penuh. Risiko ada, tapi hasilnya lebih jujur dan dekat dengan identiti mereka.
Menurut vokalis mereka, Putera Muhammad, album ni lahir daripada passion satu pasukan. Dan jelas, semangat tu memang terasa dalam setiap lagu.
Pelancaran rasmi album ni berlangsung pada 22 April 2026 di Spacerubix, Puchong, siap ada persembahan live dan sesi santai dengan media. Lagi menarik, album ini turut diedarkan oleh Sony Music Malaysia, dengan sokongan MyCreative Ventures dan Astro Gempak sebagai rakan digital.

Akhir kata, “MADAM : The Album” bukan sekadar debut biasa. Ini macam statement
yang MADAM dah bersedia untuk duduk sama level dengan nama-nama besar dalam industri. Tinggal lagi, korang rasa lagu mana yang paling kena dengan jiwa?



Comments