M Nasir Cari Bakat Baharu Untuk Teater Muzikal Sulung ‘Mansur & Liu’
- Tasnim Ahmad
- 4 hours ago
- 1 min read
Dato' M Nasir nampaknya bakal buka lembaran baharu dalam dunia seni pentas. Kali ini, figura seni legenda itu bersama isterinya, Marlia Musa tampil dengan projek teater muzikal sulung mereka berjudul Mansur & Liu.

Apa yang menarik perhatian ramai, produksi ini bukan sekadar himpunkan nama besar industri. Sebaliknya, mereka juga sedang mencari bakat baharu untuk menghidupkan salah satu watak penting dalam pementasan tersebut iaitu Liu.
Menerusi sesi ujibakat terbuka ‘M Nasir Mencari Liu’, orang ramai yang berbakat dalam nyanyian, lakonan dan tarian dipelawa mencuba nasib pada 15 dan 16 Mei ini di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur.
Menurut Marlia, teater muzikal ini menjadi projek pertama mereka sebagai penerbit teater dan mereka mahu memberi ruang kepada wajah-wajah baharu untuk menyerlah di pentas besar.
Katanya, mereka sudah lama melihat ramai individu berbakat dalam bidang seni persembahan dan kini mahu menyaksikan sendiri bakat tersebut diterjemahkan secara nyata dalam produksi Mansur & Liu.
Watak Liu yang sedang dicari pula digambarkan mempunyai kelembutan gerak tari, bijak bertutur dan memiliki suara yang lunak. Jadi, bukan sekadar pandai menyanyi saja, calon juga perlu ada aura persembahan yang kuat.
Sesi ujibakat akan bermula jam 3 petang pada 15 Mei, manakala peserta yang berjaya ke
peringkat seterusnya akan dipanggil semula pada 16 Mei bermula jam 2 petang.

Menariknya, projek ini dijangka jadi antara produksi yang dinantikan peminat seni tempatan memandangkan nama Dato' M Nasir sendiri cukup sinonim dengan karya penuh nilai seni dan emosi. Tambahan pula, gabungan elemen muzik, lakonan dan teater sememangnya boleh beri pengalaman berbeza kepada penonton Malaysia.
Bagi yang rasa ada bakat terpendam atau memang aktif dalam dunia persembahan, mungkin ini peluang untuk muncul dalam karya besar bersama legenda seni tanah air.
![Kim Myung Soo (L) Bakal Gegar Kuala Lumpur Menerusi Fan-Con Asia Tour [UNCHANGED] 2026](https://static.wixstatic.com/media/0439db_dfb7a56dc3d149b5baa9489d6745686e~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_1225,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/0439db_dfb7a56dc3d149b5baa9489d6745686e~mv2.jpg)


Comments