‘Lobster Boy’ Pulang ke Malaysia! Prakash Daniel Umum Jelajah Lawak Selepas Kejayaan di Australia
- Nurul Safiah
- Jul 22
- 1 min read

Selepas mencipta fenomena di Australia, ikon komedi Malaysia Prakash Daniel kini membawa pulang persembahan ‘Lobster Boy’ ke tanah air.
Dianjurkan oleh LOL Asia, jelajah pelbagai lokasi ini bakal berlangsung di lima bandar utama seluruh Malaysia.
• 2 Ogos di Royale Chulan, Penang
• 9 Ogos di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House, Johor
• 16 Ogos di Citadines Waterfront, Kota Kinabalu
• 23 Ogos di PJ Live Arts, Kuala Lumpur
• 30 Ogos di Chemsain Auditorium, Kuching

‘Lobster Boy’ adalah persembahan solo paling peribadi dan menyentuh hati oleh Prakash, yang mengangkat kisah zaman kanak-kanaknya di Jalan Udang Galah, Segambut.
“Zaman membesar tanpa internet tapi ada kaset VHS cetak rompak dan drama kejiranan 24 jam, itu semua inspirasi saya,” kata Prakash.
Menurut CEO LOL Asia, Rizal Kamal, Prakash bukan sekadar pelawak tetapi dia seorang ikon budaya.
“Sungguh menggembirakan melihat bakat tempatan mengambil tempat di pentas global. Prakash membuktikan bahawa humor rakyat Malaysia mampu bergema jauh dan luas,” ulasnya.
Tiket kini boleh didapati di https://lolasia.bigtix.io dan tempat duduk dijangka habis cepat berdasarkan sambutan hebat di luar negara.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ‘Lobster Boy’ secara langsung, satu malam penuh ketawa, kenangan dan kisah hidup yang kita semua boleh kaitkan.

コメント