top of page

Libang Libu: Gelak Dulu, Baru Sedar Ada Makna

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 9 hours ago
  • 2 min read

Kalau korang rasa filem tempatan sekarang agak “berat”, mungkin filem Libang Libu ini boleh jadi pilihan untuk ‘reset’ mood. Mula ditayangkan 23 April ini, naskhah komedi drama ini datang dengan vibe santai, tapi masih ada isi yang kena dengan realiti rakyat Malaysia.


Apa yang menarik, Libang Libu bukan sekadar nak buat penonton gelak kosong. Ia cuba bawa balik pengalaman menonton yang simple. Masuk panggung, gelak sama-sama, dan keluar dengan rasa ringan. Macam lepak dengan kawan, tapi versi layar perak.


Antara kekuatan utama filem ini sudah tentu barisan pelakonnya. Nama-nama seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Zahiril Adzim hingga ke Sabri Yunus dan Azhan Rani bukan calang-calang. Ditambah pula dengan kemunculan khas Datuk Yusof Haslam, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa, memang line-up yang boleh buat kaki filem angguk kepala.


Diarahkan oleh Bobby Husaini, cerita ini berkisar tentang sebuah produksi filem bukan Melayu yang datang menjalankan penggambaran di kampung Melayu di Perak. Dari situ, bermulalah pelbagai situasi. Clash budaya, perbezaan cara hidup, sampai ke konflik identiti yang kadang-kadang kita sendiri pun pernah nampak dalam kehidupan seharian.


Lebih menarik, jalan cerita Libang Libu tidak hanya fokus pada dunia filem semata-mata. Ia turut menyelit kisah dua beradik, Alid dan Man Pilem, yang berdepan konflik keluarga bila tanah pusaka tergadai. Dari isu ego, luka lama, sampai ke tekanan hidup. Semua ini dibalut dengan elemen humor yang tidak terlalu “over”.


Dan di sinilah kekuatan sebenar filem ini. Dalam gelak tawa, ada sindiran halus tentang masyarakat kita. Tentang bagaimana kita menilai orang, tentang penerimaan, dan juga tentang hubungan kekeluargaan.


Kalau ikut kata pengarahnya, pendekatan filem ini memang sengaja dibuat “ringan tapi berlapis”. Maksudnya, penonton tak rasa dipaksa untuk faham mesej tapi bila keluar panggung, ada sesuatu yang melekat.


Dalam masa sama, mereka juga berhati-hati bila sentuh isu budaya dan agama. Jadi, walaupun topiknya sensitif, penyampaiannya kekal hormat dan tidak keterlaluan.


Pendek kata, kalau korang cari filem yang boleh layan tanpa stress tapi masih ada rasa, ini mungkin salah satu yang patut masuk dalam senarai tontonan.

Comments


bottom of page