top of page

Lee Young-ae & Yoo Ji-tae Reunion Selepas 25 Tahun, Drama Baru Ini Buat Peminat Throwback!

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Mar 24
  • 2 min read

Peminat K-drama, ini berita yang confirm buat ramai tersenyum. Lee Young-ae dan Yoo Ji-tae drama reunion akhirnya jadi kenyataan! Selepas 25 tahun sejak filem ikonik One Fine Spring Day, dua pelakon hebat ini bakal kembali bergandingan dalam sebuah drama baharu yang penuh emosi dan misteri.


Kalau korang jenis suka kisah cinta yang bukan biasa-biasa, yang ada lapisan emosi dan sedikit “twist”, drama ni memang kena masuk dalam watchlist.


Drama terbaru ini (judul Koreanya lebih kurang bermaksud Jae-e's Young-in) membawa kisah dua individu yang sama-sama berdepan kehilangan dalam hidup. Lee Young-ae akan memegang watak Jae-e, seorang guru seni yang masih bergelut dengan kesedihan selepas kehilangan anaknya. Sementara itu, Yoo Ji-tae pula jadi Young-in, seorang arkitek yang berdepan masalah kehilangan memori.


Gabungan dua karakter ni dah cukup buat jalan cerita nampak berat, tapi dalam masa sama sangatlah menarik untuk ditonton. Bayangkan pertemuan dua jiwa yang sama-sama “broken”, tapi mungkin saling menyembuhkan atau mungkin lebih complicated daripada tu?


Untuk yang follow kerjaya Lee Young-ae, ini juga merupakan kemunculan terbarunya selepas drama thriller Walking on Thin Ice (2025). Yoo Ji-tae pula baru sahaja muncul dalam filem sejarah The King’s Warden, dengan watak yang agak berbeza daripada persona romantik yang kita pernah tengok dulu.


Satu lagi faktor yang buat drama ni menarik adalah kerana ianya diarahkan oleh Oh Ki-hwan, yang sebelum ini terkenal dengan sentuhan romantik dalam The Art of Seduction. Jadi, kemungkinan besar drama ini akan ada keseimbangan antara emosi mendalam dan elemen romantik yang “slow burn”.


Buat masa sekarang, belum ada lagi info rasmi tentang stesen penyiaran atau tarikh tayangan. Tapi biasalah, bila casting dah kuat macam ni, hype tu memang akan build up sendiri.


Apa pun, reunion selepas dua dekad lebih ni bukan sesuatu yang kita selalu nampak. Lagi-lagi bila melibatkan dua pelakon yang pernah ada chemistry kuat sebelum ni. Confirm memang ada potensi untuk jadi salah satu K-drama paling dinanti-nanti.


Comments


bottom of page