Lee Soo-hyuk Kembali dalam Drama Paling Berani "S LINE" !
- Ain Najihah
- Jul 21
- 1 min read

S LINE, drama Korea paling berani pada tahun ini, kini ditayangkan secara eksklusif dan serentak dengan Korea di platform penstriman Tonton bermula pada 11 Julai ini.
Drama enam episod ini membawa elemen thriller, fantasi dan psikologi yang menggugat emosi.


Drama ini mengisahkan tentang fenomena misteri apabila garisan merah yang dikenali sebagai, S LINE muncul di atas kepala individu yang pernah terlibat dalam hubungan intim.
Garisan ini hanya boleh dilihat oleh segelintir orang sahaja dan kemunculannya mula membongkar rahsia silam dan skandal peribadi masyarakat.



S LINE dibarisi pelakon hebat seperti Lee Soo-hyuk (Han Ji-Wook), Lee Da-Hee (Kyu-jin) dan Arin (Shin Hyun-heup).
Drama ini diadaptasi daripada webtoon popular karya Kkomabi yang pernah menulis untuk drama A Killer Paradox.
S LINE diarahkan oleh Ahn Joo-young dan drama ini telah menarik perhatian antarabangsa dengan penyertaan dalam Festival Siri Antabanagsa Cannes ke-8.
S LINE kini tersenarai sebagai antara kandungan paling tinggi tontonan di Tonton. Ini membuktikan peminat Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti fenomena drama ini.
Jika anda peminat thriller psikologi dengan jalan cerita yang unik dan menarik, S LINE adalah drama yang wajib ditonton pada tahun ini! Jangan lupa untuk strim drama ini di aplikasi Tonton!
Comments