top of page

Latihan Pestapora Malaysia 2025, Gabungan Hebat Artis Indonesia & Malaysia Dedah Lineup Fasa Pertama!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 8
  • 1 min read


Peminat muzik serantau bakal dihidangkan dengan pengalaman muzik penuh magis apabila Latihan Pestapora Malaysia 2025 secara rasmi mengumumkan barisan artis fasa pertamanya!

 

Acara julung kali yang bakal berlangsung pada 26 Julai ini menyaksikan gabungan mantap artis dari Indonesia dan Malaysia.

 

Antara nama besar dari seberang yang bakal menggegarkan pentas termasuk Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas.

 

Turut memeriahkan pentas dari Malaysia, kumpulan popular seperti Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne dan Salammusik, menjanjikan variasi genre dari pop, rock, alternatif, hip-hop hingga indie.

 


Pengarah Festival Pestapora & Pengasas bersama Boss Creator, Kiki Ucup dan Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Group,
Pengarah Festival Pestapora & Pengasas bersama Boss Creator, Kiki Ucup dan Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Group,

Menurut Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Group, lebih 2,000 tiket telah pun terjual walaupun lineup belum diumumkan sebelum ini.

 

“Ini membuktikan ramai yang mengetahui tentang dan percayakan jenama PESTAPORA untuk bawakan pengalaman muzik, seni, komuniti dan gabungan budaya dalam satu festival,” katanya.

 

Latihan Pestapora Malaysia dilihat sebagai ‘preview’ kepada festival utama Pestapora di Jakarta yang bakal berlangsung September ini, sekaligus membuka ruang kolaborasi budaya serumpun.

 

Tiket kini boleh didapati menerusi laman web rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com.

 

Malaysia, bersiap sedia, satu hari, dua negara, dan pelbagai cerita muzik bakal menyatukan kita di pentas Latihan Pestapora 2025!



Comments


bottom of page