top of page

LANGKASUKA Kembali Dengan “Baju Yang Baru”: Lagu Tentang Hati, Bukan Sekadar Fesyen

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 5 days ago
  • 1 min read
ree

Langkasuka bukan sekadar nama tapi jiwa muzik indie yang tak pernah hilang sentuhan puitisnya. Selepas lama senyap, kumpulan ni kembali dengan single baharu bertajuk “Baju Yang Baru” yang akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Oktober 2025 di semua platform digital.


Kalau korang fikir tajuk lagu ni cuma pasal pakaian baru nope. Lagu ni jauh lebih dalam. Dicipta dan ditulis oleh Zuhaili, dengan rakaman di home studio, “Baju Yang Baru” sebenarnya metafora tentang kasih sayang, kesabaran, dan keinginan untuk perbaharui diri. Macam kata Langkasuka sendiri:


ree

“Lagu ni mungkin cerita tentang kita; tentang kasih dalam diam, tentang hati yang bingung di tengah perjalanan. Mungkin bila dengar, korang akan nampak sedikit diri sendiri dalam bait-baitnya.”


Power kan? Bunyi dia pun dijanjikan smooth dan penuh emosi hasil kerja ioleh Fai dan mastering oleh Aliy. Prosesnya ambil masa lima bulan, sebab katanya, mereka nak pastikan setiap nota betul-betul asli.


ree

Yang buat lagi menarik, Langkasuka menyebut lagu ni sebagai “pelukan kecil” kepada sesiapa yang tengah penat dengan rutin hidup dan hubungan yang diuji masa.

“Kadangkala, yang perlu diperbaharui bukan bajunya, tetapi hatinya.”


Oof. Deep gila.


Lagu ni juga menandakan kolaborasi baru antara Langkasuka dan Empayar Masdo Sdn. Bhd., yang uruskan promosi serta edaran digital. Confirm promosi dia akan sampai luas, sebab Empayar Masdo memang terkenal aktif bantu bakat tempatan naik balik ke radar pendengar moden.


ree

So, kalau korang tengah tunggu lagu yang boleh buat fikir pasal hidup sambil lepak malam-malam tengok langit, “Baju Yang Baru” ni mungkin exactly apa yang korang perlukan.


Mark the date, 17 Oktober 2025. Akan ada di Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.


Comments


bottom of page