top of page

LAKNAT: Seram Psikologi yang Menguji Akidah, Bakal Gegar Pawagam 5 Jun Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 2 days ago
  • 1 min read


Bersiap sedialah untuk dihantui! Filem seram psikologi berjudul LAKNAT akan menemui anda di seluruh pawagam Malaysia mulai 5 Jun 2025.


Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar, LAKNAT membawa penonton menyelami sisi gelap manusia yang terpedaya oleh tipu daya iblis demi memenuhi hasrat duniawi.


Filem ini merupakan karya terbaru arahan pengarah tersohor Saw Teong Hin, yang terkenal dengan sentuhan seni dan naratif mendalam. Filem ini diterbitkan oleh Real Films, dengan kerjasama Tutan Entertainment sebagai penerbit bersekutu, serta diedarkan oleh D’Ayu Pictures.



Filem LAKNAT mengangkat kisah tragis Luth, seorang lelaki yang terjerumus dalam perjanjian gelap bersama syaitan demi merungkai misteri kematian adik kesayangannya, Laila.


Filem ini mengisahkan tentang usaha Luth yang buntu dalam mencari punca kematian adiknya, Laila. Keadaan semangatnya yang lemah menyebabkan Luth mudah dipengaruhi, lalu iblis menjelma sebagai ahli keluarganya dan menawarkan pertolongan yang tidak mampu ditolak.



LAKNAT bukan sahaja menakutkan dari segi visual dan jalan cerita malah membawa mesej yang mendalam


Menariknya, filem ini turut digerakkan melalui kempen promosi kreatif seperti konvoi e-hailing berstiker khas, edaran eksklusif 5,000 sampul raya dengan imbasan QR  serta jelajah bertemu penonton di pelbagai lokasi seluruh negara.


Usaha ini bertujuan untuk membawa mesej filem lebih dekat kepada masyarakat sebelum tayangan rasmi.


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem seram psikologi yang menggugat keimanan dan membuka minda LAKNAT, yang bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia mulai 5 Jun 2025!


Filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu peringatan tentang bahaya tipu daya iblis dan amalan khurafat yang menghancurkan jiwa. Ayuh, sertai ribuan penonton lain dan rasai sendiri debarannya di layar perak.


Ikuti media sosial rasmi D' Ayu Pictures bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Comments


bottom of page