top of page

Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Pusingan Pertama Kejohanan Dunia Supercross

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Malaysia bakal mencatat sejarah apabila menjadi destinasi pertama di Asia Tenggara yang menganjurkan pusingan pembukaan FIM World Supercross Championship (WSX)!

 

Acara yang dinantikan ini akan diadakan pada 18 Oktober 2025, bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

 

Perlumbaan lasak ini menjanjikan aksi mendebarkan dari pelumba-pelumba terbaik dunia yang akan bersaing sengit dalam acara yang diiktiraf sebagai salah satu kejohanan motocross paling berprestij di peringkat global.

 

Jualan awal (presale) tiket kini sudah dibuka selama 24 jam kepada peminat yang telah mendaftar menerusi pautan yang disediakan oleh penganjur. Penonton yang berminat digalakkan mendaftar segera bagi mendapatkan akses lebih awal kepada tiket.

 

Acara ini dibawakan oleh WSX dengan kerjasama Datasukan, Neptunes Presents, dan beberapa rakan strategik lain yang menyokong usaha membawa kejohanan bertaraf dunia ke Malaysia.

 

Bersiap sedia untuk menyaksikan aksi penuh adrenalin dan kepantasan luar biasa. Kuala Lumpur kini bersedia menjadi pusat tumpuan dunia pemotoran ekstrem!



Comments


bottom of page