KRU Tambah Malam Keempat Konsert GenKRU Pada 11 Mei Selepas Tiket Tiga Malam Habis Terjual!
- Nurul Safiah
- May 9
- 1 min read

Susulan sambutan luar biasa daripada para peminat, kumpulan muzik legenda Malaysia, KRU, mengumumkan penambahan malam keempat bagi konsert reunion GenKRU yang akan berlangsung pada 11 Mei 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil!
Tiket bagi dua malam terdahulu habis dijual dalam tempoh kurang satu jam selepas dibuka, mendorong penganjur, ICON Entertainment, untuk menganjurkan satu malam tambahan demi memenuhi permintaan tinggi daripada peminat setia.
Penjualan tiket bagi malam keempat bermula hari ini, Khamis, 8 Mei jam 1 petang menerusi laman web rasmi ticket2u.com.my mengikut kategori tempat duduk.
Antara kategori tiket yang ditawarkan termasuk:
• Impak Maksima – RM588
• Gerenti Beres – RM548
• Balada Hati – RM508
• Wanita – RM478
• Cherrina – RM358
• Malam Kita – RM258

Konsert GenKRU menandakan penyatuan semula trio adik-beradik Norman, Yusry dan Edry selepas pembubaran rasmi kumpulan KRU pada 2018.
Ditubuhkan pada tahun 1992, KRU terkenal dengan gaya muzik pop dan hip-hop yang berinspirasi dari Barat serta dikenali sebagai pelopor dalam dunia produksi muzik dan persembahan pentas tempatan.

Malam keempat ini dijangka menjadi peluang terakhir untuk peminat menyertai kemeriahan GenKRU dan mencipta kenangan bersama ikon muzik tanah air.
Dijangka bakal menjadi malam penuh nostalgia serta tenaga luar biasa!

Comments