top of page

Kristal X & Azlan The Typewriter Bersatu Gempur Zepp KL Dalam “Rockolusi Kuasa Dua”

  • Writer: N
    N
  • 4 days ago
  • 1 min read
ree

Zepp Kuala Lumpur bakal “dilanggar” gelombang rock terbesar tahun depan apabila Kristal X dan Azlan & The Typewriter bersatu tenaga untuk konsert “Rockolusi Kuasa Dua” pada 1 Februari 2026.

ree

Konsert ini dianjurkan oleh Republic Mokhmah Records, membuka tirai tahun 2026 dengan kolaborasi epik dua pemuzik yang masih kekal relevan dan digilai peminat dari generasi berbeza.


Buat peminat tegar Kristal X, ini masanya untuk hidupkan kembali nostalgia lagu-lagu malar segar seperti Memburu Impian, Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam yang sekian lama tidak dipersembahkan secara langsung.

ree

Sementara itu, peminat Azlan & The Typewriter pula boleh menantikan kehebatan vokal tinggi Azlan dengan lagu ikonik Jangan Khianati Aku yang pernah mencetus fenomena hingga ke Indonesia.


Menariknya, konsert ini akan menampilkan NOGHORI ARTS SCHOOL VOICE ENSEMBLE (NASVE) kumpulan koir juara peringkat negeri dan tempat ke-4 peringkat kebangsaan.

ree

Lebih istimewa, NASVE turut dianggotai oleh anak kepada Lan Solo dan Azlan, menjadikan persembahan ini penuh nilai sentimental dan kekeluargaan.


Sempena konsert ini, lagu baharu berjudul “Rockolusi” yang dinyanyikan bersama Kristal X dan Azlan & The Typewriter telah diperkenalkan pada sidang media di Ideas Hotel Kuala Lumpur membawa mesej kebangkitan muzik rock tempatan.

Tiket Rockolusi Kuasa Dua kini mula dijual di ilassotickets.com sejak 23 September lalu, jam 3 petang.

ree

Kategori tiket bermula dari:

  • RM168, RM188, RM248, RM348

  • Royal Box RM8000 untuk 10 orang

Cepat dapatkan sebelum habis konsert ini dijangka sold out!

ree

“Rockolusi Kuasa Dua: Kristal X & Azlan & The Typewriter” bukan sekadar konsert, tapi bukti bahawa muzik rock Malaysia masih hidup, masih kuat, dan masih punya jiwa.


Comments


bottom of page