top of page

'KPop Demon Hunters' Buktikan Dunia Hiburan Kini Dikuasai Asia

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 6 hours ago
  • 2 min read

Netflix memang tak sangka filem animasi KPop Demon Hunters boleh jadi seviral ni. Campuran K-pop, aksi, dan unsur mistik menjadikannya filem animasi berbahasa Inggeris paling popular dalam sejarah platform tu. Dalam dua bulan filem ini meraih lebih dari 120 juta tontonan global.


ree

Filem ni kisah sekumpulan idol K-pop perempuan yang by day menyanyi, by night lawan roh jahat. Premis dia nampak over, tapi itulah yang Gen Z suka; konsep wild, warna terang, dan lagu yang boleh masuk playlist Spotify terus lepas tayangan.


Netflix kata mereka tak jangka sambutan sebesar ni, tapi data menunjukkan bahawa Malaysia merupakan antara 10 negara Asia paling aktif menonton KPop Demon Hunters. Mungkin sebab kita dah memang obses dua benda: K-pop dan anime. Gabungkan dua, hasilnya automatik viral.


ree

Kalau tengok dekat media sosial Malaysia, fandom dah siap buat cosplay look, fan art dan sound remix. Ramai juga kata ia lebih “fresh” dari animasi barat yang dah cliché. Visual dia memang gempak, rasa macam tengok Genshin Impact x Blackpink The Movie.


Statistik Netflix Malaysia pun menunjukan filem ni kekal dalam Top 10 selama 4 minggu berturut-turut, setanding Inside Out 2. Ini bukti yang hiburan Asia makin diterima dan bukan lagi dipandang sebagai “alternatif”, tapi mainstream global. Tambahan lagi, Malaysia merupakan antara pasaran yang cepat tangkap trend ini.


ree

Yang bestnya, KPop Demon Hunters sebenarnya boleh jadi inspirasi untuk animator tempatan. Bayangkan kalau studio macam Animonsta atau LilCrit buat versi “Nusantara Demon Hunters” dimana idol Malaysia lawan makhluk legenda macam pontianak atau hantu kum-kum, sambil nyanyi lagu pop. Gempak weh!


Ini juga menunjukkan kuasa budaya pop Asia .. tak perlu tiru barat untuk berjaya. Dunia dah mula tengok timur semula. jadi mungkin lepas ni kita bukan sekadar penonton, tetapi pencipta vibe baru dunia hiburan digital.


ree



Comments


bottom of page