Kopi dan Studio Hidupkan TTDI dengan FAVRUN 2025
- Ain Najihah
- May 7
- 1 min read

TTDI akan menjadi lokasi kepada acara FAVRUN 2025 bagi acara sebuah larian santai sejauh 5 kilometer yang akan berlangsung pada Sabtu, 10 Mei 2025, bermula jam 6:30 pagi di Kopi & Studio, TTDI.
Acara ini dianjurkan secara kolaboratif oleh Kopi dan Studio, Favfreak dan Makerz dengan matlamat untuk menyatukan elemen gaya hidup sihat, budaya komuniti dan kreativiti anak muda dalam suasana yang santai dan inklusif.
Peserta akan berlari mengelilingi kawasan kejiranan TTDI sebelum kembali semula ke Kopi dan Studio untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik selepas larian.
Antara tarikan utama termasuk peluang memenangi kasut eksklusif daripada Makerz serta sesi interaktif bersama komuniti.
Menurut pihak penganjur dari Kopi dan Studio, acara ini bukan sekadar larian tetapi ia adalah ruang untuk komuniti dan budaya kreatif bersatu.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Orang ramai digalakkan hadir untuk memulakan hujung minggu dengan cara yang sihat, ceria dan bermakna.
Maklumat lanjut tentang FAVRUN 2025 boleh didapati di media sosial @kopidanstudio.
Comments