Konsert Ungu 3 Dasawarsa KL: Raikan 30 Tahun
- Tasnim Ahmad
- 3 hours ago
- 2 min read
Kalau korang membesar dengan lagu-lagu Ungu, ini berita yang memang susah nak ignore. Konsert Ungu 3 Dasawarsa Kuala Lumpur bakal jadi momen istimewa untuk peminat Malaysia. Bukan sekadar konsert biasa, tapi macam throwback perjalanan 30 tahun sebuah band legenda.

Tiga dekad dalam industri muzik bukan benda kecil. Dari era kaset sampai ke streaming, Ungu masih relevan. Dan kali ini, mereka pilih Kuala Lumpur sebagai salah satu pentas untuk raikan legasi tu bersama peminat setia.
Konsert yang diumumkan di Putrajaya baru-baru ni akan berlangsung pada 5 September 2026 di Idea Live Arena. Tarikh yang nampak macam biasa, tapi bagi peminat tegar, ini boleh jadi malam penuh emosi.
Apa yang menarik, konsert ni bukan sekadar himpunan lagu hit. Ia dibina dengan konsep tiga babak: “The Birth”, “The Peak” dan “The Legacy”. Senang cerita, macam tengok perjalanan hidup Ungu dari awal sampai sekarang, tapi dalam bentuk persembahan pentas.
Daripada lagu-lagu awal yang define identiti mereka, ke era kemuncak yang penuh hits, sampai ke fasa matang. Semuanya disusun macam satu storyline. Jadi bukan setakat nyanyi ikut lagu, tapi ada ‘rasa’ dan naratif di sebalik setiap segmen.
Lagi satu, penganjur hint yang malam tu akan ada elemen kejutan dan pengalaman lebih imersif. Maksudnya, mungkin ada momen yang tak dijangka sama ada dari segi visual, susunan lagu atau kemunculan khas.
Kalau nak lebih dekat dengan band ni, ada juga pakej Meet & Greet yang bagi peluang jumpa Ungu secara eksklusif, siap dengan merchandise edisi terhad. Sesuai untuk peminat hardcore yang nak simpan kenangan lebih personal.
Jualan tiket pula dijangka bermula 27 April 2026, termasuk tawaran early bird. Jadi siapa cepat, dia dapat especially untuk kategori premium.
Apa yang buat Ungu masih bertahan sampai sekarang? Bukan sekadar lagu, tapi ‘brotherhood’ dan perjalanan jatuh bangun yang mereka lalui bersama. Dan konsert ni macam refleksi semua itu bukan sekadar hiburan, tapi penghargaan.

Akhir kata, kalau korang jenis yang pernah ulang lagu Ungu dalam playlist lama, ini mungkin masa terbaik untuk rasa balik vibe tu
tapi secara live, depan mata.



Comments