Konsert Rock Car Park Satukan Legenda Rock Kapak Di Rooftop KL
- Tasnim Ahmad
- 4 hours ago
- 2 min read
Konsert Rock Car Park bakal jadi medan pertemuan semula geng rock kapak yang rindu nak jerit lagu lama kuat-kuat. Kali ini bukan dalam dewan tertutup, tapi atas bumbung bangunan di tengah Kuala Lumpur. Rare tak rare?

Nama macam Sofea, May, Bloodshed dan Wicitra bukan asing dalam era ‘rock kapak’ sekitar 80-an hingga 90-an. Itu zaman muzik rock Malaysia conquer carta lagu, radio dan konsert seluruh negara. Ramai yang panggil tempoh itu sebagai Zaman Keemasan Rock Malaysia.
Walaupun masa dah berubah, lagu-lagu mereka masih evergreen. Buka radio, ada. Scroll TikTok, pun ada. Generasi baru pun hafal lirik walaupun tak sempat hidup zaman rambut kembang dulu.
Menariknya, Konsert Rock Car Park akan berlangsung di Rooftop Campbell Complex, Kuala Lumpur pada 9 Mei ini. Ya, betul-betul di lot parkir atas bangunan. Konsep ini memang lain daripada yang lain.

Dianjurkan oleh Nyla Network Sdn Bhd, konsert ini bukan sekadar gig biasa. Ia lebih kepada usaha hidupkan semula semangat muzik rock tempatan yang dulu-dulu kita enjoy tanpa sibuk rakam Insta Story setiap lima minit.
Barisan artis yang bakal naik pentas termasuk Sofea, May, Bloodshed, Wicitra dan Shasha And The Boys. Persembahan bermula jam 4 petang hingga sekitar 11 malam. Penganjur sasarkan sehingga 5,000 penonton, ikut kapasiti maksimum dan aspek keselamatan.
Ada pakej tiket istimewa bersama kasut edisi khas jenama tempatan Fung Keong (FK) pada harga promosi terhad. Rock kapak tapi gaya tetap jalan.
Nampaknya konsert ini bukan sekadar throwback, tapi cubaan gabungkan generasi lama dan baru dalam satu ruang yang sama.

Kalau anda membesar dengan kaset, walkman dan poster band tampal dalam bilik, ini mungkin malam yang patut ada dalam kalendar. Kalau anda Gen Z yang kenal lagu rock kapak dari TikTok? Lagi wajib datang untuk rasa sendiri vibe sebenar.



Comments