top of page

Konsert For You Nourul Ditunda ke 30 Mei 2026

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Kalau anda dah siap-siap tanda kalendar untuk Konsert For You Nourul, ada sedikit perubahan yang perlu ambil maklum. Penyanyi bersuara lunak, Nourul mengumumkan konsert solo sulungnya itu kini dijadualkan semula ke 30 Mei 2026.


Sebelum ini, konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada 17 April 2026. Tapi jangan risau, ia bukan dibatalkan, cuma ditunda ke tarikh yang dianggap lebih sesuai dan selesa untuk semua pihak.


Menurut pihak penganjur, ND Entertainment, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Logiknya mudah untuk bagi laluan kepada momen keluarga, dan beri ruang untuk peminat susun semula bajet selepas raya. Baru boleh enjoy konsert tanpa fikir panjang, kan?


Menariknya, penukaran tarikh ini juga beri kelebihan dari segi perancangan produksi. Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Binti Ab. Wahab berkongsi bahawa proses ini melibatkan penyusunan semula jadual selepas berlaku pertukaran penganjur lama kepada syarikat miliknya sendiri. Kiranya, kali ini memang lebih ‘personal touch’.


Bagi peminat lagu-lagu seperti Kerana Terluka, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa. Ia adalah momen istimewa sempena lebih tiga dekad Nourul dalam industri muzik tempatan. Bayangkan malam penuh emosi, nostalgia dan mungkin juga air mata yang jenis bahagia.


Untuk yang dah beli tiket, atau baru nak rancang serangan membeli, semua kategori tiket masih boleh didapati menerusi laman rasmi Ticket2U.


Kadang-kadang benda yang ditunggu lambat sikit, tapi hasilnya lebih berbaloi. Jadi untuk peminat muzik tempatan, mungkin ini masa terbaik untuk rancang ‘date night’, reunion kawan lama atau hadiahkan tiket pada mak yang membesar dengan lagu Nourul dulu.


Jangan sampai betul-betul ‘terluka’ kalau terlepas ya.


Comments


bottom of page