top of page

Kolaborasi Apple dan aespa Tampilkan Visual Epik untuk “Dirty Work”

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 3 days ago
  • 1 min read


Apple telah melancarkan sebuah video persembahan baharu yang menampilkan kumpulan sensasi K-pop terkenal, aespa, sekaligus memaparkan pratonton eksklusif lagu terbaharu mereka yang berjudul “Dirty Work”.


Muzik video ini dihasilkan oleh TBWA/Media Arts Lab, Seoul dan dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 16 Pro.


Apple meneruskan kejayaan kolaborasi bersama NewJeans pada tahun 2023 yang mencatatkan 10 juta tontonan dalam masa 72 jam.


Kerjasama kali ini membuktikan bahawa iPhone 16 Pro mampu memberikan kualiti profesional yang kini boleh diakses oleh pencipta kandungan harian.


Muzik video ini menampilkan keempat-empat ahli kumpulan aespa iaitu Karina, Giselle, Winter dan NingNing. Video ini mempersembahkan koreografi yang menarik dan dirakam dalam resolusi 4K120 fps dengan Dolby Vision.


"Dirty Work" merupakan lagu utama daripada album single pertama mereka yang bakal dilancarkan..


Bagi peminat aespa, “Dirty Work” akan secara rasmi dilancarkan pada 27 Jun ini. Bersiap sedia untuk menikmati sebuah karya baharu yang pastinya akan membuatkan anda teruja.


Comments


bottom of page